Pasti Anda Pernah Lakukan Ini Semasa Kanak-Kanak

Salam sejahtera dan salam sehati sejiwa semua. Semasa kanak-kanak kita semua pasti akan melakukan semua hal yang kita rasa menyoronokkan, walaupun hakikatnya benda yang kita lakukan itu boleh dikatakan tidak masuk akal. Jika kita bandingkan masa sekarang dengan ketika kanak-kanak dahulu pasti yang paling seronok yalah masa kanak-kanak. Sebab masa kanak-kanak kita bebas dari beban hidup dan tak stress untuk berfikir banyak-banyak.


Baca: RF3 World Firmax3 Malaysia
Mari kita sama-sama lihat apa yang mungkin atau pasti anda pernah buat semasa kanak-kanak.

Hal yang pasti anda pernah lakukan masa kanak-kanak


1. Bercakap atau menyanyi depan kipas angin

Pasti Anda Pernah Lakukan Ini Semasa Kanak-Kanak

Anda pasti pernah bercakap atau menyanyi depan kipas angin yang sedang berpasang. Bercakap depan kipas memang menyoronokkan untuk kanak-kanak sebab dapat memberikan hiburan yang tersendiri. Apabila kita bercakap atau menyanyi depan kipas pasti suara yang dikeluarkan akan berubah. Mungkin itulah yang menyebabkan kanak-kanak suka buat seperti itu.

2. Melukis dua gunung dan matahari di tengah-tengah gunung tersebut

Pasti Anda Pernah Lakukan Ini Semasa Kanak-Kanak
Kanak-kanak yang pernah melukis pasti pernah lukis seperti ini. Saya rasanya penyebabnya ialah ianyanya sangat mudah untuk dilukis. 

3. Menutup peti sejuk perlahan-lahan

Pasti Anda Pernah Lakukan Ini Semasa Kanak-Kanak

Di dalam sebuah peti sejuk ada sebuah lampu yang hanya akan menyala apabila peti sejuk dalam keadaan terbuka. Mungkin kanak-kanak menutupnya secara perlahan-lahan kerana untuk melihat bagaimana lampu tu mati masa pintu peti sejuk kena tutup.

Bagaimana dengan ketiga-tiga perlakuan diatas? Sudah pasti anda pernah melakukannya. Apalagi benda yang anda selalu buat semasa kanak-kanak? tinggal di ruangan komen :).

Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel