Header Ads

Cara Menangani Stress Yang Betul


Cara Menangani Stress
Cara Mengatasi Stress - Stress ialah tindak balas balas kepada ransangan yang menggangu keseimbangan mental atau fizikal kita.

Beberapa faktor yang menyebabkan stress ialah:

  • Kegagalan dalam pelajaran
  • Bebanan kerja
  • Cerai
  • Kecewa
  • Bebanan hutang

Langkah-Langkah Untuk Menangatasi Stress

1. Menjalankan Hobi

Melakukan perkara yang disukai atau hobi dipercayai dapat menenangkan fikiran seseorang. Jadi jika anda sedang stress, silakan untuk menjalankan hobi anda untuk mendapatkan kesenangan dan hiburan untuk diri anda yang sedang stress. Dengan melakukan hobi juga dapat membuat seseorang lebih bersemangat setelah melakukan aktiviti yang memenatkan. Antara hobi yang menarik untuk dilakukan ialah:
  • Cari resepi yang mudah dan sedap di internet dan cuba untuk memasaknya
  • Bermain permainan ping pong, bola sepak, dan sebagainya
  • Bagi wanita, cari tutorial cara makeup dan pelajarinya
  • Selfie
  • Dan banyak lagi yang dapat mengurangkan stress anda.

2. Mendengar Muzik

Penelitian University of Maryland School of Medicine mengatakan bahawa mendengar muzik kesukaan selama 30 minit dapat melepaskan zat endorphins untuk mengurangkan tekanan stress dan menghilangkan rasa sakit.

3. Tidur

Tidur merupakan langkah yang paling efektif dalam menangani stress.

4. Meluahkan Perasaan

Setiap kali seseorang yang sedang stress kongsikan masalah mereka kepada kawan atau ibu bapa pasti tekanannya akan berkurang.

5. Sentiasa Ketawa

Sentiasa ketawa ialah tindakan awal untuk kita mengelakkan diri daripada mengalami stress. Jangan ketawa seorang diri nanti orang cakap kita gila.

6. Bersukan

Melakukan aktiviti yang lasak seperti bersukan adalah cara yang paling berkesan untuk menangani diri kita dari mengalami tekanan stress.

7. Berfikaran Positif

Sentiasa berfikiran positif dapat mengelakkan diri kita dari mencari masalah yang boleh menimbulkan stress pada diri kita sendiri.

Sekian sahaja untuk entri ini.

4 comments:

  1. elakkan stress, bagus artikel ni

    ReplyDelete
  2. baca blog CP maka stress boleh hilang..he..he.. betul tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha iyakah stress boleh hilang? jangan2 makin stress dibuatnya hahaa

      Delete

Terima kasih kerana sudi baca entri ini dan silakan untuk memberikan komen anda. Kami sangat menghargai pandangan atau komen yang akan anda berikan. Sila berikan komen anda dengan cara yang berhemah kerana saya tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis.

Sekian.

Powered by Blogger.