7 Cara Untuk Mengatasi Stress Yang Terbaik

Cara menangani stress dan depresi
Stress ialah tindak balas balas kepada ransangan yang menggangu keseimbangan mental atau fizikal kita.

Mengalami masalah kemudian mengalami tekanan stress sebenarnya adalah perkara yang biasa dan wajar berlaku. Buktinya saya sendiri. Saya sebagai seorang pelajar selalu mengalami stress disebabkan oleh keadaan sekeliling saya sebagai seorang pelajar. Seperti, apabila saya gagal atau kalah dengan kawan dalam peperiksaan, itu buat saya sedikit stress, namun selalunya pelajar yang mengalami stress disebabkan oleh masalah itu akan termotivasi untuk bangkit semula.

Stress ini menjadi tidak wajar apabila kita tidak cuba untuk menangani stress itu dengan baik. Okay saya masih gunakan pelajar sebagai contoh. Apabila pelajar itu stress kerana ada masalah mengenai pelajarannya dan pelajar itu tidak menangani stress itu dengan baik, maka stress itu akan memberikan kesan yang buruk kepadanya.

Masa ini, ramai orang mengalami tekanan stress disebabkan oleh faktor seperti, masalah kewangan, bebanan hutang, kos sara hidup yang semakin melambung tinggi, bebanan ditempat kerja, masalah kesihatan, keadaan rumah tangga yang huru hara, masalah dalam pembelajaran, malah dalam hubungan percintaan dan banyak lagi.

Cara menghilangkan stress fikiran
Bagaimana proses berlakunya stress?

Pada asasnya, tekanan stress boleh berlaku kerana otak memberi isyarat kepada tubuh untuk melepaskan banyak hormon selepas menghadapi situasi. Tujuan pelepasan hormon ini adalah untuk badan mempunyai tenaga yang mencukupi untuk bertindak atau berurusan dengannya.

Jadi, untuk kali ini saya akan cuba kongsikan kepada anda semua 7 cara mengatasi stress yang terbaik.

Silakan baca :)

Cara Pertama: Kurangkan Stress Dengan Bersenam

Selalunya senaman yang paling selalu saya lakuakan ialah jogging. Saya sangat yakin dengan bersenam seperti melakukan jogging mampu menghilang tekanan.

Bersenam bukan sahaja boleh memberikan kesihatan pada tubuh badan kita malah bagi saya, bersenam boleh buat saya berfikir dengan baik dan ketenangan yang cukup bagus.

Jadi, kita semua patut mengamalkan senaman sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu sebab bersenam ini bukan sahaja boleh mengatasi stress malah boleh memberikan kesihatan kepada tubuh badan kita.

Cara Kedua: Cuba Berkomunikasi Dengan Sahabat Atau Keluarga

Apabila kita stress, cara yang boleh meringankan tekanan itu adalah dengan menyuarakan segala masalah kita kepada orang lain.

Setiap kali stress, cuba untuk berkomunikasi dengan sahabat atau keluarga. Paling penting ada kawan yang boleh dipercayai ataupun lagi baik kalau kita luahkan masalah kita kepada ahli keluarga. Bukan sahaja tekanan pada diri kita menjadi ringan apabila kita meluahkan masalah kita tetapi mungkin juga sabahat atau keluarga kita ada jalan untuk menyelesaikan masalah kita.

Berkomunikasi atau meluahkan masalah kepada orang lain ini sangat terbukti keberkesanannya untuk mengatasi stress. Penelitian telah dilakukan dan terbukti orang yang tidak meluahkan masalahnya cenderung untuk mengalami stress yang teruk berbanding orang yang berkongsi masalahnya.

Cara Ketiga: Atasi Stress Dengan Tidur

Mengambil tidur yang cukup dalam waktu yang ditetapkan berperanan penting untuk mengimbangi keadaan emosi kita dalam kehidupan seharian. Jangan tidur berlebihan kerana tidur berlebihan membawa kesan yang buruk.

Orang yang tidak cukup tidur selalunya suka marah-marah betulkan? Sebab itulah, untuk mengatasi stress kita perlu ambil tidur yang cukup agar stress emosi kita menjadi seimbang.

Lagi, cubalah juga untuk tidur pada waktu siang sekadar 15 minit sehingga 30 minit. Kajian membuktikan bahawa tidur 1 minit waktu siang kualitinya bersamaan dengan tidur 45 minit waktu malam.

Jadi, tidur waktu siang ini boleh mengelakkan kita stress dan juga keletihan.

Cara Keempat: Menceburi Bidang Seni

Setiap kita, pasti ada keminatan dalam bidang seni. Kalau saya sendiri, saya amat menggemari Fotografi.

Apabila saya melakukan fotografi, ambil gambar sana-sini kemudian cuba edit gambar itu, ianya memberikan kepuasaan kepada diri saya. Saya rasa dengan mengambil gambar, ianya boleh menenangkan saya dan boleh mengatasi stress.

Bukan sekadar Fotografi yang boleh dilakukan untuk mengatasi stress. Banyak lagi seperti melukis, bermain alat muzik, dan banyak lagi.

Cara Kelima: Mengatasi Stress Dengan Melakukan Meditasi

Cara menghilangkan stress

Meditasi mampu membuat pernafasan kita lebih teratur, degupan jantung dan tekanan darah menjadi normal, sehingga mampu menurunkan kadar hormon stress yang sebelumnya dipam oleh kelenjar adrenalin.

Melakukan meditasi merupakan hal yang dapat mengatasi stress kerana dapat membersihkan fikiran sehingga mampu membuat seseorang untuk menumpukan perhatian.

Cara Keenam: Mengatasi Stress Dengan Mengambil Pemakanan Yang Sihat

Saya tahu apabila kita stress, selera makan kita pasti ada yang meningkat dan ada juga langsung tidak menyentuh makanan.

Apabila stress, cuba kawal pemakanan kita dengan baik. Sebagai contoh mengambil makanan yang mengandungi vitamin B, omega 3, asid folik, magnesium dan vitamin C.

Makanan-makanan yang mengandungi vitamin B, omega 3, asid folik, magnesium dan vitamin C ini boleh melegakan tekanan atau stress pada diri kita.

Cara Ketujuh: Menangani Stress Dengan Ketawa

Saya sangat suka untuk menonton video-video yang lawak sebab ianya boleh buat saya banyak tertawa.

Apabila stress, cuba untuk menonton video yang lawak selama 5 minit hingga 10 minit. Menurut beberapa kajian yang pernah dilakukan, ketawa 5 hingga 10 minit boleh merangsang endorfin, serotonin dan methanonin untuk keluar.

Di mana ketiga-tiga zat ini memberikan faedah yang baik untuk otak supaya tubuh menjadi lebih tenang.


Kesimpulan

Apabila anda mengalami tekanan stress tidak kira disebabkan oleh stress belajar, stress disebabkan oleh hubungan percintaan atau stress apapun, jangan sesekali membiarkan stress terus menyelubungi diri anda.

Ambil kesempatan untuk melakukan salah satu cara untuk mengatasi stress yang saya telah tuliskan ini dan semoga stress anda akan dapat diatasi dengan mudah.

Jika, anda rasa ada yang kurang dengan huraian saya mengenai 7 Cara Untuk Mengatasi Stress Yang Terbaik, jangan malu-malu untuk kongsikannya di ruangan komen.

Sekian.

Artikel lain mengenai Kesihatan :
Share this Post Via:
FacebookTwitterGoogle+

Ulasan

  1. elakkan stress, bagus artikel ni

    ReplyDelete
  2. baca blog CP maka stress boleh hilang..he..he.. betul tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha iyakah stress boleh hilang? jangan2 makin stress dibuatnya hahaa

      Delete

Terima kasih kerana sudi baca entri ini dan silakan untuk memberikan komen anda. Kami sangat menghargai pandangan atau komen yang akan anda berikan. Sila berikan komen anda dengan cara yang berhemah kerana saya tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis.

Sekian.