Header Ads

Buat Duit Dengan Nuffnang 2017

Buat Duit Dengan Nuffnang - Sebelum mengetahui lebih lanjut mengenai buat duit dengan Nuffnang, mari kita kenali Nuffnang. Nuffnang merupakan sebuah komuniti pengiklanan blog yang terkenal dalam dunia blog. Sekarang ini, lebih sejuta blogger yang menggunakan Nuffnang untuk buat duit daripada blog mereka. Blogger-blogger yang menggunakan pengiklanan Nuffnang berasal dari tujuh buah negara iaitu Malaysia, Australia, Singapura, Filipina, Thailand, China dan juga United Kingdom.


Buat Duit Dengan Nuffnang

Buat Duit Dengan Nuffnang

Langkah pertama yang harus anda buat ialah buat akaun atau daftar dengan Nuffnang - Daftar Nuffnang. Isikan borang pendaftaran selengkap-lengkapnya dan setelah siap buat akaun anda ikut sahaja setiap arahan yang diberikan oleh Nuffnang. Cara untuk memasang iklan Nuffnang pada blog juga ada disediakan.

Cara Untuk Meningkatkan Pendapatan Dari Nuffnang

CPUV (COST-PER-UNIQUE-VISITOR) CAMPAIGNS
Ramai Blogger mencari cara untuk mendapatkan CPUV daripada Nuffnang dan saya akan cuba kongsikan kepada anda bagaimana caranya. Cara sebenar untuk mendapatkan CPUV Nuffnang ialah:
Pengiklan akan memilih blog untuk kempen CPUV mengikut beberapa kriteria blog seperti sasaran pengunjung blog, genre blog dan pengaruh blog anda. Contohnya, pengiklan dari syarikat kosmetik akan lebih cenderung untuk memilih blog mengenai fesyen dan kecantikan serta blog yang mempunyai ramai pengunjung yang terdiri daripada pengunjung wanita. Seterusnya, pastikan kedudukan iklan Nuffnang dalam blog anda berada di kedudukan yang betul dan sila kemaskini survey dan blogger profile di akaun Nuffnang anda. Ini akan meningkatkan lagi peluang blog anda untuk terpilih dalam kempen CPUV.
Seterusnya, cara untuk meningkatkan earning kempen CPUV. Caranya ialah:
  • Rajin untuk menulis entri baru pada blog anda
  • Seboleh-bolehnya buat entri baru setiap hari
  • Tingkatkan pengunjung blog anda (Baca: Cara Untuk Meningkatkan Trafik Blog)
  • Jumlah trafik blog merupakan penentu utama jumlah earning dalam kempen CPUV.
CPC (COST-PER-CLICK) CAMPAIGNS
Untuk kempen CPC ini anda tidak perlu bersusah paya untuk mencari cara untuk mendapatkannya kerana semua blog layak untuk kempen CPC ini. Apa yang harus anda lakukan untuk meningkatkan earning kempen CPC Nuffnang ialah:
  • Paling utama, tingkatkan jumlah pengunjung blog agar peluang iklan kempen CPC di blog untuk di klik semakin tinggi.
  • Tips seterusnya untuk meningkatkan earning CPC Nuffnang adalah rupa blog anda atau template. Rupa blog memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan jumlah klik iklan Nuffnang anda. Saya akan kongsikan kepada anda nanti template blogger yang boleh meningkatkan jumlah klik pada iklan di blog anda.
Jumlah earning bagi kempen CPC ini dikira mengikut setiap klik yang terhasil. Saya nasihatkan anda untuk tidak sesekali klik iklan nuffnang di blog anda sendiri kerana klik yang anda buat dapat dikesan oleh Nuffnang dan dianggap fraud click. Kesan daripada anda klik iklan sendiri di blog anda adalah Nuffnang akan reject apabila anda cashout earning anda di Nuffnang. Itu mengikut pengalaman saya.

Kesimpulannya, jika anda mahu pendapatan yang tinggi dari Nuffang, anda harus sabar, berusaha, dan jujur. Tidak mustahil anda boleh berjaya dengan Nuffnang seperti Redmummy.com, blog Cik Epal dan ramai lagi blogger yang berjaya dengan Nuffnang. Semoga anda berjaya. Sekian.

4 comments:

  1. Thanks sharing info sahabat... semoga bersama kita semua terus sukses... :)

    ReplyDelete
  2. wahh.. ni mesti banyak masuk ni.. hehe..

    jom jenguk sini ya.. hehe

    ReplyDelete
  3. Baru try nuffnang ni. Anyway klu free2 tu ble lawat blog sy:
    https://fezanray.blogspot.my/
    Thanksss~

    ReplyDelete
  4. Perkongsiaan yang menarik. Harap harap nuffnang akan terus bertahan.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca entri ini dan silakan untuk memberikan komen anda. Kami sangat menghargai pandangan atau komen yang akan anda berikan. Sila berikan komen anda dengan cara yang berhemah kerana saya tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis.

Sekian.

Powered by Blogger.