Header Ads

10 Kelebihan Wanita Yang Lahir Pada Bulan Mei


10 Kelebihan Wanita Yang Lahir Pada Bulan Mei - Semua bulan pasti mempunyai maknanya yang tersendiri. Kita boleh mengetahuinya mengikut pengalaman dan kejadian yang berlaku tidak kira baik ataupun kejadian yang buruk. Tetapi pada hakikatnya setiap bulan itu sama, ertinya orang yang dilahirkan pada mana-mana bulan sama sahaja.

Namun demikian tidak ada salahnya jika orang yang lahir pada bulan-bulan tertentu memiliki kelebihan, salah satunya ialah wanita yang lahir pada bulan mei. Tetapi harus kita ingat dan jangan terlalu percaya kelebihan yang ada itu disebabkan oleh bulan kelahiran kita. Manalah tahu ianya cuma kebetulan kan?

10 Kelebihan Wanita Yang Lahir Bulan Mei

10 Kelebihan Wanita Yang Lahir Pada Bulan Mei

1. Wanita yang dilahirkan pada bulan mei dikatakan sangat suka bermimpi. Walaupun selalu bermimpi tapi orang yang bulan mei tahu untuk mewujudkan mimpi itu dan tetap berfikir realiti dalam impiannya.

2. Tidak perlu rasa khuatir semasa membeli barang-barang yang sebenarnya tidak diperlukan ataupun barang-barang yang lebih kepada keinginan bukan keperluan. Mereka juga tidak kisah tentang jumlah wang mereka yang keluar untuk orang yang mereka sayangi.

3. Sangat suka membaca, suka akan seni dan juga suka menguruskan kewangannya serta tertarik untuk meningkatkan karier mereka.

4. Tidak mudah mengalah dan jika ada seseuatu tujuan atau matlamat yang ingin mereka capai pasti mereka akan berusaha untuk mencapainya secara maksimum.

5. Tidak tahan tinggal di dalam rumah. Ini bermaksud kalau ada masa lapang mereka akan menghabiskan masa terluang itu dengan keluar rumah dan berjalan-jalan.

6. Kalau mereka meminati seseorang, mereka tidak malu untuk memulakanya. Mengambil perhatian orang lain merupakan kehebatannya. Mereka tahu cara untuk buat orang tertarik.

7. Seseorang yang penyayang dan ramah, ini membuatkan mereka wanita yang lahir bulan mei mempunyai ramai kawan. Hal ini juga disebabkan mereka tidak memilih kawan, mereka mudah berkawan dengan sesiapa sahaja. Menarikkan?

8. Seseorang yang romantis dan sangat disayangi oleh pasangannya. Mereka pandai membuat pasangan merasa sangat istimewa.

9. Wanita yang lahir bulan mei mudah panik dan akan mudah memberikan komen tanpa berfikir terlebih dahulu.

10. Dikatakan keras kepala dan sukar untuk bersikap lebih fleksibel. Mereka mudah untuk menghormati orang lain tetapi susah untuk menerima pandangan orang lain. Mereka tidak akan teragak-agak meninggalkan orang yang memberikan pandangan yang kurang logik.

Itulah kelebihan atau rahsia wanita atau perempuan yang lahir pada bulan mei yang mungkin ada pada setiap kita. Mahu percaya atau tidak itub terpulang pada kita sendiri. Yang paling penting setiap hal yang terjadi di dunia ini adalah kehendak tuhan.

No comments

Terima kasih kerana sudi baca entri ini dan silakan untuk memberikan komen anda. Kami sangat menghargai pandangan atau komen yang akan anda berikan. Sila berikan komen anda dengan cara yang berhemah kerana saya tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis.

Sekian.

Powered by Blogger.