Header Ads

Rupanya Inilah Fungsi Lubang Pada Kerusi Plastik


Pernahkah kita terfikir mengenai fungsi lubang pada permukaan kerusi plastik yang selalu kita guna?
Mungkin ada yang tertanya-tanya ada juga yang kurang ambil tahu. Jadi, lubang pada kerusi plastik itu sebenarnya ada kegunaannya. Mari kita bongkar segala persoalan mengenai fungsi lubang pada kerusi plastik.
Fungsi Lubang Pada Kerusi Plastik

Fungsi Lubang Pada Kerusi Plastik

Jom ketahui apa sebenarnya fungsi lubang kecil pada kerusi plastik:

1. Lubang tersebut untuk memudahkan pengambilan kerusi ketika disusun. Jadi, tidakkah anda terfikir bagaimana cara untuk mengambil kerusi tersebut sekiranya lubang itu tidak ada?

2. Jika kerusi plastik tidak mempunyai lubang, udara akan terkumpul diantara dua kerusi dan hal ini akan menyukarkan pengguna untuk menyusun dan mengeluarkan kerusi tersebut. Dengan adanya lubang di tengah, tekanan udara akan bergerak bebas dan kerusi mudah dikeluarkan kerana udara masuk dan keluar.

3. Ada juga kawan-kawan yang mengatakan dengan adanya lubang pada kerusi plastik tersebut, ianya memudahkan pengguna untuk buang angin dan ianya akan mengalir bebas. Yang ini nampak kelakar sedikit tetapi boleh dikatakan masuk akal.
Fungsi Lubang Pada Kerusi Plastik
4. Untuk memastikan tidak berlaku kecurian ketika gerai ditutup, dengan adanya lubang di tengah kerusi plastik tersebut, ia memudahkan untuk menyimpan dan dikunci.

Memang betullah bahawa lubang pada kerusi plastik itu ada kegunaannya. Jadi, tahniah untuk anda kerana telah mengetahui kegunaannya.

No comments

Terima kasih kerana sudi baca entri ini dan silakan untuk memberikan komen anda. Kami sangat menghargai pandangan atau komen yang akan anda berikan. Sila berikan komen anda dengan cara yang berhemah kerana saya tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis.

Sekian.

Powered by Blogger.