Header Ads

Perempuan Bukannya Pemalas, Tetapi Memang Memerlukan Tidur Yang Lebih Berbanding Lelaki


Pasti anda tertanya-tanya mengapa wanita tidur yang lebih banyak berbanding lelaki kan? Sedangkan lelaki lebih banyak buat kerja berat. Mari kita sama-sama bongkarkan persoalan ini.

Perempuan Bukannya Pemalas, Tetapi Memang Memerlukan Tidur Yang Lebih Berbanding Lelaki

Inilah Sebabnya Wanita Lebih Memerlukan Tidur Yang Lebih Berbanding Lelaki

Menurut penyelidik dari Amerika Syarikat; otak perempuan memerlukan lebih banyak masa untuk pulih kerana melakukan banyak tugas di siang hari.

Menurut kajian saintis dari Universiti Duke di North Carolina pula mendapati bahawa wanita yang kurang tidur akan mengalami kemurungan dan kerap marah.
Namun, keadaan itu tidak akan terjadi pada lelaki yang tidak cukup tidur.

Seorang pakar tidur iaitu Dr Michael Breus, percaya sesetengah wanita yang kurang tidur akan diserang radang teruk dalam tubuh mereka sehingga mengalami sakit fizikal ketika bangun tidur.
Tambah Dr Michael Breus lagi, wanita memerlukan tidur lebih kerana menggunakan lebih banyak otak berbanding lelaki kerana melakukan pelbagai tugas.
“Lebih banyak otak anda digunakan pada siang hari, lebih banyak ia perlu untuk pulih dan lebih banyak tidur anda perlukan,” kata Dr Michael Breus.

Sebagai kesimpulannya, kepada kaum adam kalau anda lihat kaum hawa yang kuat tidur, fahamilah bahawa mereka lebih memerlukan tidur yang lebih berbanding anda. Tetapi kalau perempuan yang tidur sampai tak ingat nak bangun buat kerja itu namanya pemalas.

1 comment:

  1. penat berfikir memang banyak guna tenaga

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca entri ini dan silakan untuk memberikan komen anda. Kami sangat menghargai pandangan atau komen yang akan anda berikan. Sila berikan komen anda dengan cara yang berhemah kerana saya tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis.

Sekian.

Powered by Blogger.