Header Ads

Biodata Mohd Faiz Subri

Biodata Mohd Faiz Subri - Siapa tidak kenal nama pemain bola sepak yang sedang hangat sekarang ini.

Nama Mohd Faiz Subri menjadi popular hasil daripada sepakan percuma yang dilakukannya dalam Liga Malaysia yang telah mendapat liputan sehingga ke luar negara dan telah disenaraikan oleh FIFA untuk Anugerah FIFA Puskas Award.


Biodata Faiz Subri

Biodata Mohd Faiz Subri

Mohd Faiz Subri lahir di Kedah pada tanggal 8 November 1987. Beliau merupakan anak ketiga dalam lima beradik. Faiz Subri mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tengku Laksamana dan seterusnya melanjutkan pelajarannya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Bonglai sebelum berpindah ke Sekolah Menengah Teknik Arau in Perlis.

Pada tahun 2006 hingga 2009 Faiz Subri bermain untuk pasukan muda Kedah. Lalu dia pindah untuk bermain dengan kelab yang berasal dari Perlis, iaitu KSK Tambun Tulang, di Piala FAM 2009, dan juga mewakili Perlis di Piala Emas Raja-Raja 2009. Faiz Subri pindah untuk bermain dengan Perlis pada awal tahun 2010. Musim 2012, Faiz menandatangani kontrak satu tahun dengan pasukan T-Team FC. Bagi musim 2013 pula, Faiz menandatangani kontrak bersama rakan sepasukan di T-Team, Zairo Anuar Zalani. Pada bulan April 2013, Faiz menyertai pasukan Kelantan FA. Selepas beliau menabur bakti bersama Kelantan sehingga akhir 2014, Faiz kemudiannya menandatangani kontrak bersama Pulau Pinang FA untuk musim 2015. Beliau membantu Pulau Pinang dinaikkan ke Liga Super Malaysia 2016 selepas muncul naib juara Liga Perdana Malaysia 2015.


Pada 16 Februari 2016, Faiz mencipta kejutan apabila beliau melakukan sepakan percuma yang amat luar biasa ketika menewaskan Pahang FC 4-1 dalam perlawanan kedua saingan Liga Super Malaysia 2016. Gol tersebut menjadi viral di seluruh dunia lalu menganggap jaringan tersebut semirip dengan jaringan sepakan percuma bekas pertahanan Brazil, iaitu Roberto Carlos ketika Brazil bertemu Perancis pada tahun 1997. Gol itu kini menjadi calon Anugerah Puskas FIFA 2016.

Biodata Faiz Subri pemenang puskas award 2017

Disini saya sertakan buat anda semua Video Tendangan Percuma (FreeKick) Faiz Subri:

3 comments:

  1. masa dia main dgn kelantan dulu pun banyak gol2 cantik.. die ni mmg pakar freekcik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul Faiz Subri memang terbaik :)

      Delete
  2. semoga beroleh kemenangan buat faiz dalam undian online nanti

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca entri ini dan silakan untuk memberikan komen anda. Kami sangat menghargai pandangan atau komen yang akan anda berikan. Sila berikan komen anda dengan cara yang berhemah kerana saya tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis.

Sekian.

Powered by Blogger.