Header Ads

Belajar Buat Blog

belajar buat blog, belajar buat blog percuma, belajar buat blog menarik, belajar buat blog bisnes, belajar buat blogger
Siapa yang mahu belajar buat blog? Sudah pasti ramai yang teringin belajar buat blog sendiri namun masih kurang tahu bagaimana cara buat blog.

Disini, saya akan kongsikan sebuah ebook percuma panduan ringkas belajar buat blog khas untuk anda semua yang berminat untuk memiliki blog sendiri dan beberapa tips yang berguna untuk seorang blogger baru. Sebelum itu, jika anda belum tahu apa itu blog, sila baca di Blog Wikipedia.

Belajar Buat Blog Percuma

Tanpa membuang masa lagi, untuk anda yang betul-betul mahu belajar buat blog sendiri, silakan untuk muat turun ebook dibawah ini.

Belajar Buat Blog
Ebook panduan ringkas belajar buat blog ini mempunyai 119 muka surat dan terbahagi kepada 7 bab kesemuanya iaitu:
  1. Nak buat blog tentang apa?
  2. Langkah-langkah buat blog dengan blogspot
  3. SEO Nadi Kekuatan Blog
  4. Buat duit dengan blog
  5. Rahsia Buat Duit Dengan Affiliate
  6. Rahsia buat duit melebihi 4 angka diinternet
  7. Rumusan dan penutup

Saya sangat yakin dengan ebook ini anda pasti tahu cara membuat blog sendiri dengan mudah dan berjaya untuk buat blog anda sendiri. Setelah berjaya buat blog sendiri, masih banyak yang perlu anda pelajari iaitu untuk jadikan blog anda menarik dan cantik. Sekiranya anda tak tahu apa nak tulis dalam entri pertama blog anda, silakan baca tips untuk menulis entri pertama blog.

Kebaikan Memilih Blogger.com Sebagai Platform Blog

Disebabkan dalam ebook belajar buat blog itu menggunakan blogger.com sebagai platform, jadi mari saya kongsikan serba sedikit kelebihan menggunakan blogger.com sebagai tempat berblog.

  • Percuma. Kebanyakan orang di dunia ini memang sangat suka pada benda-benda yang percuma. Dengan Blogspot kita tidak perlu risau untuk bayar sewa hosting atau apa-apa yang berkaitan. Cuma apabila anda mahu guna domain sendiri barulah ada kos yang perlu dibayar.
  • Sangat mudah untuk digunakan. Ini sudah pasti, telah banyak perbincangan mengenai platform blogging mana yang lebih mudah digunakan. Kebanyakkannya setuju bahawa Blogspot lebih mudah berbanding WordPress.
  • Google, nama paling terkenal di dunia internet. Google menjadi mesin pencari terbaik di internet. Ketika Google beriringan dengan Blogspot, tentu ini menjadi keuntungan atau kelebihan yang besar bagi Blogspot.
  • Buat blog di Blogspot sangat mudah. Memang betul buat blog menggunakan platform Blogger.com memang sangat mudah dan cepat.

Belajar Cara Meningkatkan Trafik Blog

Setelah anda siap belajar buat blog serta berjaya membuat blog sendiri, satu tips blogging yang amat anda perlukan sebagai seorang blogger baru ialah panduan untuk menarik ramai pembaca datang ke blog anda.

1. Rajin kongsikan entri blog anda di media sosial
Setiap kali anda menghasilkan entri baru, silakan untuk kongsikan entri baru anda di media sosial anda. Media sosial merupakan tempat yang paling efektif untuk meningkatkan pengunjung blog kerana pada masa ini, terdapat begitu ramai pengguna laman media sosial seperti Facebook, Twitter dan banyak lagi.

2. Cuba berinteraksi dengan rakan blogger yang lain
Apa yang perlu anda buat ialah kumpul senarai blog yang rajin blogwalking dan jadi sebagai pengunjung tetap blog mereka supaya mereka juga akan jadi pengunjung tetap blog anda. Banyak sebenarnya kebaikan blogwalking. Antaranya ialah, mampu mengeratkan hubungan sesama rakan blogger, dapat backlink secara percuma dan banyak lagi.

3. Tulislah entri yang paling bermanfaat dan menarik
Setiap kali menulis entri blog anda mesti cuba untuk menghasilkan entri yang menarik. Apa yang saya maksudkan dengan entri yang menarik ialah:

Belajar Menulis Entri Blog Yang Baik

belajar buat blog,belajar buat blog percuma, belajar buat blog menarik, belajar buat blog bisnes, belajar buat blogger
Cara buat blog memang sangat mudah tetapi untuk menjadikan sesebuah blog itu dikenali atau popular, iainya satu hal yang memerlukan usaha dan tindakan yang betul. Salah satu usaha yang perlu dilakukan ialah memastikan penulisan kita bagus. Mari kita ketahui, tips untuk menulis entri blog yang baik.

1. Gunakan bahasa yang mudah difahami
Untuk menulis entri blog yang boleh dikatakan bagus, kita harus berusaha untuk menyajikan entri dengan bahasa yang boleh difahami oleh pembaca kita.

2. Entri yang serba lengkap
Entri bagus bermakna entri yang boleh menyampaikan dan menguraikan semua hal yang anda mahu sampaikan dalam entri itu. Tidak kisahlah entri kamu itu terlalu panjang atau ringkas, yang penting dapat menyampaikan apa yang mahu disampaikan bak kata guru di sekolah biar ringkas janji lengkap dan padat. Jangan tajuk entri blog sahaja yang gempak tetapi isinya menghampakan.

3. Ejaan biar betul
Setelah menulis entri, jangan lupa untuk semak atau baca entri yang anda sudah tulis itu. Pastikan ejaan semua betul supaya pembaca seronok membaca. Walaupun ramai pembaca yang tidak kisah dengan kesalahan ejaan tetapi usahakan juga untuk bagi semua ejaan betul. Bukankah anda mahu entri anda bagus?

4. Jadi diri sendiri
Satu lagi tips untuk menghasilkan tulisan blog yang bagus ialah jadi diri sendiri. Jangan tiru cara orang lain tetapi jadikan cara orang lain itu sebagai inspirasi dan jadilah blogger yang inovatif.

Pesanan saya untuk anda semua calon blogger yang akan belajar buat blog. Semoga anda bakal menjadi seorang blogger yang terbaik dalam berkongsi apa sahaja yang anda mahu kongsikan dalam blog baru anda itu. Saya harap anda menjadi seorang blogger yang bertanggungjawab dan memberi manfaat kepada orang ramai.

Contest SEO Belajar Buat Blog

Belajar Buat Blog

Contest SEO ini telah berlangsung pada 25 Januari 2017 dan akan tamat pada 25 April 2017. Kedudukan pemenang contest ini akan dibuat di Google Malaysia (http://www.google.com.my ) menggunakan kata kunci "Belajar Buat Blog" yang akan diambil menggunakan Google Chrome pada tarikh antara 26-27 April 2017.

Kepada semua rakan blogger Malaysia, jom ramai-ramai sertai contest anjuran Tuan Muhamad Anuar Marsib yang sangat menarik ini. Banyak kelebihan yang boleh kita dapat dengan menyertai contest ini seperti dapat membantu orang lain belajar buat blog sendiri.

Senarai Peserta Contest SEO Belajar Buat Blog

Contest ini turut disertai oleh calrasepatrick.blogspot.com, nonasani.blogspot.mymissobsesi.blogspot.mysayidahnapisah.commommyfiqa.combloggerlelaki.comciklapunyabelog.blogspot.mydianarashid.comsusahsenangblogger.comat-tarmizi.blogspot.mymyideakini.comamirkhalis.blogspot.mysayabukancikgu.commessarah.blogspot.myjangan-bukak.blogspot.myfadzirazak.comheroborneo.comnikkhazami.commisztrex.blogspot.myummizarra.cominfopelajar2u.comsabreehussin.comtopseofriendly.blogspot.myummiseri.comsaidila.comqiyasaad.comkataubaid.combelajarbuatblogpercuma.wordpress.comiuzira.comhiburansabah.comheroborneo.comnasitambah.comaynorablogs.comohtiptop.comjebengotai.comsensasi2020.com, sayaazieera.blogspot.my, jambubatublog.comadibsite.comsishawa.blogspot.mycikilamenari.blogspot.myalongxp.com, elihjapahar.com, jiesusanos.com, sianangbumaya.com, bagiblogger.blogspot.com, vitamin-cerdik.com

Tujuan Contest SEO Belajar Buat Blog

  • Menarik minat lebih ramai rakyat Malaysia untuk menulis blog
  • Membantu rakyat Malaysia menjana pendapatan melalui blog
  • Menggalakkan Blogger-blogger yang dah lama menulis blog supaya dapat berkongsi tip-tip dalam bidang penulisan blog
  • Menggalakkan penulis-penulis blog berkongsi rahsia kejayaan mereka menghasilkan pendapatan yang lumayan dalam bidang penulisan blog.
  • Dapat memberi motivasi kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk menjadikan blog sebagai sumber pendapatan sampingan
  • Membolehkan setiap peserta contest ini mendapat backlink yang berkualiti daripada para peserta lain.

Hadiah Contest SEO Belajar Buat Blog

  1. Tempat Pertama : Wang Tunai RM300
  2. Tempat Kedua : Wang Tunai RM200
  3. Tempat Ketiga : Wang Tunai RM100
Sekian sahaja ulasan saya mengenai belajar buat blog. Semoga entri ini memberi manfaat kepada kita semua.

46 comments:

  1. Good luck CP..TERBAEKK laaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak-banyak kak Lya :)

      Delete
  2. All the best CP..mcm best je hadiah tu

    Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tuan Elih. Ya memang best hehe. Jom sama-sama join contest ini tuan Elih.

      Delete
  3. Replies
    1. Ribuan terima kasih dan semoga berjaya juga buat kamu :).

      Delete
  4. pantas dah siap kagumnya.....

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Terima kasih bro dan semoga berjaya juga buat kamu.

      Delete
  6. semoga berjaya bro..dalam kontes ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Tuan Hanafi dan semoga berjaya juga buat Tuan.

      Delete
    2. ya..sama-sama kita mencipta kejayaan yang hebat dalam dunia blogger ini..

      Delete
  7. Hoho2...ini orang otai mana2 contest seo mesti ada...bravo bro! Skill sudah ada baahhh tinggal guna aja... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum sesuai dikatakan otai ni Tuan masih banyak yang perlu saya belajar hoho.. Terimas kasih Tuan

      Delete
  8. Wah.... jadi blog pertama yang hantar penyertaan. Semoga berjaya bro..... terbaik penulisan blog anda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saja mahu cuba jadi yang pertama untuk kali ini Tuan hoho. Terima kasih

      Delete
  9. Kalau berblog ni tak boleh dapat duit, dah tentu saya pun tak nak menulis blog :D

    ReplyDelete
  10. Good tips.. nnti boleh pratik.. btw, Good luck..

    ReplyDelete
  11. Dah lama tinggal pasal seo ini... good tips...
    semoga berjaya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan, jom join sama. Terima kasih.

      Delete
  12. Mantab nih ada blog kayak ginih , masih fresh lagi hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha terima kasih sudi singgah di blog saya.

      Delete
  13. buat blog ada banyak kebaikannya..

    ReplyDelete
  14. Mnarik ebook belajar buat blog dr tuan anuar..

    Semoga bertuah dlm contest ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul. Ebook panduan ringkas belajar buat blog Tuan Anuar memang terbaik.

      Terima kasih.

      Delete
  15. wow perkongsian yang sgt menarik sebagai rujukan masa hadapan.Thank you!

    ReplyDelete
  16. Saya dulu pun belajar buat blog pertama dengan blogspot.

    ReplyDelete
  17. blog yang dijangka menang dalam kontes adalah blog bro..

    tahniah.!

    ReplyDelete
  18. Informasi yang baik lah, bro!

    ReplyDelete
  19. tahniah-tahniah...semoga berjaya

    ReplyDelete
  20. Tahniah menjadi antara top finalis :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca entri ini dan silakan untuk memberikan komen anda. Kami sangat menghargai pandangan atau komen yang akan anda berikan. Sila berikan komen anda dengan cara yang berhemah kerana saya tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis.

Sekian.

Powered by Blogger.