Header Ads

Fakta Mengenai Fidget Spinner Yang Harus Anda Ketahui

Fakta Mengenai Fidget Spinner Yang Harus Anda Ketahui
Fidget Spinner sebuah alat permainan yang sedang menjadi kegilaan ramai diseluruh dunia terutama dalam kalangan kanak-kanak. Permainan Fidget Spinner yang menjadikan kegilaan ramai ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak, malah turut dimainkan oleh orang dewasa.

Berikut merupakan fakta mengenai permainan fidget spinner yang pastinya belum anda ketahui:
1. Pencipta Fidget Spinner tidak mendapat keuntungan
Alat permainan Fidget Spinner ini dipatenkan oleh Catherine Hettinger pada tahun 1997 namun Catherine Hettinger tidak mendapat keuntungan dari ciptaannya ini kerana beliau gagal membayar yuran pembaharuan hak paten sebanyak $400 pada tahun 2005.

Fidget Spinner dicipta pada tahun 1990-an ketika Catherine Hettinger menghidap penyakit autoimmune disorder yang dipanggil myasthenia gravis. Penyakit itu menyebabkan kelemahan otot yang membuatkan Catherine Hettinger sukar untuk bermain dengan anak perempuannya. Catherine Hettinger membuat Fidget Spinner sebagai jalan untuk dapat bermain bersama anaknya.

Setelah beberapa tahun menjual Fidget Spinner di karnival kraf dan kesenian, Catherine Hettinger mendapat peluang untuk bekerjasama dengan syarikat pengeluar permainan terkemuka. Namun demikian syarikat tersebut mengambil keputusan untuk tidak meneruskan projek itu. Hal ini menyebabkan Catherine Hettinger tidak mampu untuk membiayai yuran paten permainan tersebut menyebabkan ianya digunakan oleh syarikat lain.

2. Video orang membuat trik bermain Fidget Spinner ditonton oleh berjuta orang
Banyak video orang menunjukkan skill bermain Fidget Spinner mendapat tontonan yang sangat banyak di Youtube.

3. Dikatakan boleh menghilangkan stress dan beberapa gangguan lain?
Selain dikatakan boleh menghilangkan stress, permainan Fidget Spinner juga dikatakan boleh membantu penghidap Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan autisme. Namun demikian, terdapat pakar yang menyangkal hal itu kerana tidak pernah ada kajian yang membuktikan hal tersebut.

4. Terdapat sekolah yang melarang permainan Fidget Spinner
Ramai orang mempercayai bahawa Fidget Spinner boleh membantu pelajar kekal fokus terhadap pembelajaran namun terdapat warga pendidik yang Fidget Spinner menjejaskan fokus pelajar terhadap pembelajaran. Sebagai buktinya, terdapat beberapa sekolah di Amerika Syarikat telah melarang permainan Fidget Spinner disekolah mereka.

5. Ada beberapa kecederaan telah berlaku dari permainan Fidget Spinner
Fakta Mengenai Fidget Spinner Yang Harus Anda Ketahui
Laporan CNN menunjukkan seorang lelaki dari Australia telah mengalami kecederaan serius dibahagian matanya akibat dari permainan Fidget Spinner. Kecedaraan tersebut berlaku semasa kanak-kanak tersebut menunjukkan trik kepada kawan-kawannya. Ibu kepada lelaki tersebut berkata "Dia membaling permainan tersebut tinggi sedikit dan dia tidak berjaya untuk menangkap semula Fidget Spinner tersebut menyebabkan permainan itu terkena pada matanya".


No comments

Terima kasih kerana sudi baca entri ini dan silakan untuk memberikan komen anda. Kami sangat menghargai pandangan atau komen yang akan anda berikan. Sila berikan komen anda dengan cara yang berhemah kerana saya tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis.

Sekian.

Powered by Blogger.