6 Kebaikan Minum Air Suam Waktu Pagi Yang Perlu Anda Tahu

Kebanyakan orang suka minum kopi pada setiap pagi untuk menghangatkan badan. Tidak dinafikan, kopi memang terbaik. Tetapi kita perlu harus tahu bahawa secawan air suam pada waktu pagi lebih bermanfaat berbanding secawan kopi.

minum air suam setiap pagi

Minum air suam semasa bangun pagi atau semasa perut kosong dapat memberikan manfaat yang sangat bagus untuk kesihatan kita.

Kebaikan Minum Air Suam Setiap Pagi

Berikut merupakan 6 kebaikan minum air suam pada waktu pagi.

1. Membantu menurunkan berat badan

Untuk anda yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan, silalah cuba untuk menjadikan minum air suam waktu pagi sebagai rutin anda. Air suam dapat meningkatkan suhu tubuh badan kita kemudian dapat meningkatkan metabolisma. Meningkatkan aktiviti metabolisma tubuh ini dapat membuat tubuh kita lebih mudah membakar kalori sepanjang hari.

2. Menjaga sistem pencernaan tubuh

Dengan mengambil air suam waktu pagi, sistem pencernaan tubuh kita akan lebih terjaga serta dapat mencerna makanan dengan lebih baik dan mampu mengeluarkan racun-racun dalam tubuh kita. Sebenarnya, setelah kita makan, kita sepatutnya mengambil air suam bukannya air sejuk. Hal ini kerana, Air sejuk akan memadatkan minyak dan lemak pada makanan yang baru kita makan.

3. Bagus untuk kesihatan rambut

Sekiranya anda menginginkan rambut yang cantik, minum air suam adalah jalan yang terbaik kerana air suam mampu membuatkan rambut kita menjadi lembut dan berkilat. Air suam akan mengaktifkan saraf akar rambut sekaligus mempercepatkan pertumbuhan rambut.

4. Merawat sakit tekak dan batuk

Untuk merawat sakit tekak atau batuk, minum air suam adalah jalan yang terbaik. Air suam juga dapat membantu membersihkan kesesakan hidung.

5. Mencegah sembelit

Dengan menjadikan minum air suam waktu pagi sebagai rutin dapat membantu mengatasi masalah sukar membuang air besar.

6. Dapat melegakan segunggut

Minum air suam dapat melegakan otot perut dan melegakan haid.


Terdapat banyak kebaikan yang dapat kita perolehi dari minum air suam pada waktu pagi. Jadi marilah kita bersama-sama menjadikan minum air suam pada waktu pagi sebagai rutin harian kita. Semoga bermanfaat. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel