Header Ads

Kenapa Kita Perlu Buat Blog?

Kenapa Kita Perlu Buat Blog?
Mari saya kongsikan beberapa sebab mengapa anda harus belajar buat blog dan memiliki blog sendiri. Sebelum itu mari baca, siapa yang perlu memiliki blog.

Siapa Yang Perlu Belajar Buat Blog?

Sesiapa sahaja boleh buat memiliki blog sendiri. Tidak kisahlah anda seorang pelajar, penulis buku, ahli perniagaan, guru , usahawan internet atau apa sahaja pekerjaan anda. Anda boleh memiliki blog sendiri. Blog merupakan satu medium penyampaian maklumat dan pemasaran yang amat berkesan.

Blog dapat menambah kenalan, berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan yang pasti, ia adalah satu teknologi di Internet yang begitu ampuh sekali untuk digunakan bagi pelbagai tujuan dan matlamat. Maka, tidak kira siapa diri anda, anda perlu belajar dan memiliki sebuah blog sendiri.

Mengapa Kita Perlu Berblog?


1. Berblog banyak mengajar kita hal yang baru

Ketika berblog kita akan kongsikan benda yang kita tahu dan juga benda yang kita mahu tahu. Untuk menulis mengenai hal yang kita mahu ketahu kita pasti berusaha untuk mengetahui hal yang kita tidak ketahui itu, jadi kita pasti dapat belajar benda yang baru ketika berblog.

2. Berblog boleh memperbaiki penulisan kita

Kenapa Kita Perlu Buat Blog?
Berblog dab menulis tiada berpisah. Jadi dengan berblog lama-kelamaan anda pasti boleh jadi penulis hebat. Untuk anda yang bercita-cita untuk menjadi seorang penulis buku, saya sangat mengalu-alukan anda untuk belajar buat blog.

3. Boleh buat duit dengan blog

Kenapa Kita Perlu Buat Blog?
Sebab yang satu ini memang tidak boleh disangkal kerana ianya sudah terbukti bagi diri saya sendiri. Sudah ramai yang berjaya buat duit dengan hanya berblog malah ada beberapa orang blogger yang berhenti kerja mereka dan menjadi blogger sepenuh masa dan terus menjana pendapatan yang lumayan dengan blog mereka.

4. Dapat membantu orang lain

Ramai orang menjadikan carian enjin seperti google untuk mencari info dan sudah pasti sekiranya blog anda mempunyai info yang dicari, orang akan mendapatkan info dari blog anda. Terbukti anda sudah membantu orang lain. Siapa yang bantu orang lain itu mari kita ramai-ramai belajar buat blog dan terus membantu ramai orang di luar sana.

5. Berblog juga mampu meningkatkan minat membaca

Seorang blogger bukan hanya terlatih untuk menjadi seorang penulis yang hebat. Malah, seorang blogger juga akan banyak membaca untuk mencari informasi di blog-blog yang lain. Kalau malas membaca itu, sukarlah untuk menjadi blogger yang hebat.

Saya sangat berharap anda semakin bersemangat untuk belajar buat blog setelah membaca mengenai mengapa perlu buat blog. Sebenarnya masih banyak lagi sebab kenapa kita perlu berblog dan saya yakin anda pasti akan merasainya sendiri apabila anda memiliki blog sendiri.

No comments

Terima kasih kerana sudi baca entri ini dan silakan untuk memberikan komen anda. Kami sangat menghargai pandangan atau komen yang akan anda berikan. Sila berikan komen anda dengan cara yang berhemah kerana saya tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis.

Sekian.

Powered by Blogger.