Header Ads

Manfaat Santan Kelapa Untuk Kecantikan Kulit

Memiliki kulit wajah dan juga rambut yang cantik merupakan idaman setiap wanita. Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan semua itu dan hari ini kami akan kongsikan kepada anda satu cara untuk memiliki kulit wajah yang cantik tanpa membeli produk kecantikkan yang mahal belaka iaitu dengan hanya menggunakan santan kelapa.

Mencuci muka menggunakan santan kelapa secara rutin dapat membuatkan kulit kita menjadi halus serta cerah. Boleh dikatakan santan kelapa tidak kurang hebatnya dibandingkan dengan produk pencuci muka yang dijual diluar sana.

Nutrisi yang terkandung di dalam santan kelapa akan membuat wajah kita semakin halus serta terlihat lebih cerah, sedangkan vitamin yang terkandung dalam santan kelapa dapat membantu proses peremajaan kulit sehingga kita akan tetap terlihat awet muda.

Cara penggunaan santan kelapa sebagai pencuci muka:

  1. Kita hanya perlu menyiapkan setengah gelas santan kelapa
  2. Oleskan secara lembut santan kelapa menggunakan kapas ke wajah kita
  3. Biarkankan selama sepuluh minit untuk melihat hasilnya.
Untuk mendapatkan hasil yang terbaik lakukan setiap hari atau sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu.

Lagi satu, bukan hanya untuk wajah, santan kelapa juga bermanfaat untuk kulit kepala dan rambut kita, kerana sebahagian besar dari protein dan vitamin dari santan kelapa juga boleh membuat rambut kita sihat dan kuat.

Semoga bermanfaat. Sekian.

No comments

Terima kasih kerana sudi baca entri ini dan silakan untuk memberikan komen anda. Kami sangat menghargai pandangan atau komen yang akan anda berikan. Sila berikan komen anda dengan cara yang berhemah kerana saya tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis.

Sekian.

Powered by Blogger.