Header Ads

Belajar Bahasa Murut

Salam sejahtera semua. Siapa minat untuk belajar banyak bahasa? Pasti ramai yang mahu pandai bercakap dalam banyak bahasa termasuk saya.

Jadi hari ini, mari kita sama-sama belajar satu bahasa yang digunakan di negeri Sabah iaitu bahasa Murut. Kita belajar yang asas atau yang selalu digunakan dalam pergaulan harian sahaja ok.
Belajar Bahasa Murut

Mari Belajar Bercakap Dalam Bahasa Murut

1. Ka'ansayan ra susuab = Selamat pagi
2. Ka'ansayan ra tanga nu orou = Selamat tengah hari
3. Ka'ansayan ra kamaion = Selamat petang
4. Ka'ansayan ra londom = Selamat malam
5. Aun kabar mu? = Apa khabar kamu?
6. Aun inggalan mu? = Siapa nama kamu?
7. Kabar onsoi = Khabar baik
8. Inggalan ku = Nama saya
9. Angkan ra tanga nu orou = Makan tengah hari
10. Angkan ra londom = Makan malam
11. Makou = Jalan
12. Kula loho nu hitu? = Berapa harga ini?
13. Aun intormu? = Kamu darimana?
14. Intor au ra Nabawan = Saya dari Nabawan
15. Sangili oko nakasuku? = Bila kamu tiba?
16. Tambului = Tetamu/pelawat
17. Amahun = Tuan rumah
18. Ungkuyon = Lelaki
19. Ruandu = Perempuan
20. Rala'a = Gadis
21. Ambulok = Pemuda
22. Ka'ansayan makou = Selamat jalan
23. Ambolong = Tidur
24. Lumuat = Bangun
25. Susuab = Pagi
26. Akauntom = Lapar
27. Ahayam = Bercerita
28. Aun oyon mu? = Kamu pergi mana?
29. Aun katangan ra pen soro? = Siapa punya pen ini?
30. Kumorom = Tutup mata
31. Inan = Badan
32. Saumi = Satu
33. Akitulung = Minta tolong
34. Aruol = Sakit
35. Aun aruol muno? = Apa sakit kamu?

Semoga bermanfaat. Sekian.

2 comments:

  1. wah...agak berbelit juga lidah saya mencuba sebut bahasa Murut nie

    ReplyDelete
  2. tahula juga sikit-sikit bahasa murut.

    Penah belajar kat sana.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca entri ini dan silakan untuk memberikan komen anda. Kami sangat menghargai pandangan atau komen yang akan anda berikan. Sila berikan komen anda dengan cara yang berhemah kerana saya tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis.

Sekian.

Powered by Blogger.