Header Ads

Tips Cepat Pandai Bercakap Inggeris

Bukan mudah untuk menguasai bahasa inggeris dengan cepat. Namun, sekiranya kita betul-betul berusaha, sudah pasti kita boleh melakukannya.

Disini, saya kongsikan kepada anda semua, cara menguasai bahasa inggeris dengan cepat.

Tips Cepat Pandai Bercakap Inggeris

8 Tips Cara Pandai Bercakap Inggeris


1. Rajin membaca

Membaca merupakan kunci utama untuk pandai berbahasa inggeris dengan cepat. Bacalah buku cerita bahasa inggeris, komik, surat khabar bahasa inggeris dan banyak lagi yang boleh dibaca. Surat khabar adalah yang paling bagus untuk dibaca dan belajar asas inggeris kerana ianya ditulis dengan grammar yang cantik dan mudah untuk difahami. Anda juga boleh baca bahan-bahan yang ada tulisan bahasa inggeris yang ada disekeliling. Contohnya, tulisan pada pembalut keropok atau makanan.

2. Tulis nota mengenai perkataan yang baru anda tahu

Walaupun ini adalah cara klasik tetapi keberkesanannya amat terbukti. Cara kedua ini adalah cara yang sangat efektif dan banyak diguna oleh ramai orang. Biasakan diri untuk sentiasa membawa buku nota kecil untuk menulis perkataan-perkataan yang anda baru anda ketahui atau boleh juga ditulis dalam aplikasi smartphone anda.

3. Menonton movie

Ramai orang percaya bahawa tips yang ketiga ini juga terbukti keberkesanannya. Rajin-rajinkan diri untuk menonton movie bahasa inggeris atau drama-drama bahasa melayu yang mempunyai subtitle bahasa inggeris.

4. Main game

Sukar untuk dipercayaai tetapi ianya terbukti berkesan. Cari game yang anda suka main, dan pasti anda perkataan-perkataan bahasa inggeris yang akan anda pelajari disana nanti.

5. Dengar lagu bahasa inggeris

Ini juga merupakan cara yang sangat efektif untuk cepat pandai bercakap inggeris. Dengar lagu inggeris berulang kali sehingga hafal dan cubalah untuk terjemahkan lagu itu dalam bahasa kita sendiri.

6. Cuba bercakap dengan orang lain

Cari rakan yang boleh dijadikan kawan untuk bercakap inggeris.

7. Jangan malu

Sekiranya mahu cepat pandai berbahasa inggeris, kita perlu buang semua perasaan malu kita. Jangan malu untuk bercakap inggeris dengan cikgu atau kawan-kawan anda.

8. Rajin bertanya

Untuk belajar bahasa inggeris pasti banyak hal yang harus kita tanya dengan orang-orang yang sudah pandai berbahasa inggeris. Kalau malas bertanya dengan cikgu atau kawan, cari sahaja forum-forum atau group-group facebook yang dikhaskan untuk belajar bahasa inggeris dan ajukan soalan anda disana.


Sebenarnya masih banyak lagi tips untuk pandai bercakap inggeris dengan cepat, sekiranya anda mempunyai tips untuk dikongsikan, saya mengalu-alukan anda untuk tuliskannya di ruangan komen.

Semoga bermanfaat. Sekian.

1 comment:

Terima kasih kerana sudi baca entri ini dan silakan untuk memberikan komen anda. Kami sangat menghargai pandangan atau komen yang akan anda berikan. Sila berikan komen anda dengan cara yang berhemah kerana saya tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis.

Sekian.

Powered by Blogger.