Header Ads

Inilah Manfaat Kulit Pisang Yang Harus Anda Tahu


Lepas makan pisang terus buang kulit pisang. Memanglah buang, takkan mahu simpan kan? Tetapi ramai orang yang tidak tahu bahawa ada beberapa manfaat yang ada pada kulit pisang untuk kegunaan harian kita. Jadi mari kita ketahui manfaat kulit pisang.
Manfaat Kulit Pisang

Manfaat Kulit Pisang

1. Sebagai pengilat kasut
Caranya ialah, gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada kasut kulit. Kemudian bersihkan dengan kain lap biasa yang bersih.

2. Melembutkan Ayam Panggang
Ketika memanggang ayam, lapiskan bahagian atas dan bawah ayam dengan kulit pisang. Cara ini membuat daging ayam terlerau dari tulang-tulangnya, bertekstur lembut, lembap, dan sedap di kunyah.

3. Menyuburkan Tanaman
Kulit pisang kaya dengan kalsium dan magnesium yang paling sesuai untuk menyuburkan tanah. Letakkan kulit pisang di pasu tanaman atau tanah di sekitar tanaman agar tanaman tumbuh dengan subur.

4. Menyembuhkan Gatal, Ruam, dan Gigitan Serangga
Menggosokkan kulit pisang di kawasan kulit yang merah-merah akibat gatal, ruam, dan gigitan serangga akan membuat kulit kembali halus dan menghilangkan rasa gatal.

5. Membersihkan Perhiasan Perak
Campur kulit pisang dengan air, lalu blender. Adunan ini sangat berguna untuk membersihkan perhiasan perak.

6. Mengubati jerawat
Gosokkan kulit pisang di muka terutama yang berjerawat. Biarkan sejenak, biarkan sisa-sisa pisang menempel di wajah, lalu bersihkan dengan air. Lakukan secara rutin hingga jerawat hilang dan kulit jadi mulus berkilau.

7. Memutihkan Gigi
Gosokkan kulit pisang selama dua minit sebelum menggosok gigi. Kulit pisang membantu membersihkan dan memutihkan gigi anda. Lakukan selama dua minggu berturut-turut atau lebih untuk melihat hasilnya.

Nah, memang banyak kebaikan yang boleh diperoleh dari kulit pisang. Jadi jangan lupa untuk kongsikan dengan kawan-kawan okay. Terima kasih.

1 comment:

  1. Wah... tak sangkakan kulit pisang pun boleh putihkan gigi.. kalau diamalkan selalu boleh jimat beribu-ribu dah daripada pergi klinik buat whitening gigi.. Tq for the sharing !

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca entri ini dan silakan untuk memberikan komen anda. Kami sangat menghargai pandangan atau komen yang akan anda berikan. Sila berikan komen anda dengan cara yang berhemah kerana saya tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis.

Sekian.

Powered by Blogger.