Header Ads

Khasiat Dan Manfaat Buah Betik Untuk Kesihatan


Salam sejahtera semua. Sudah pasti kebanyakan daripada kita pasti pernah atau juga selalu makan buah betik kan? Jarang-jarang dengar ada orang yang tidak suka makan buah betik ini, tetapi rasanya memang ada huhu.

Disini saya, kongsikan kepada semua, beberapa kebaikan atau manfaat yang boleh kita dapat daripada mengambil betik sebagai pemakanan.

Khasiat Dan Manfaat Buah Betik Untuk Kesihatan

5 Kebaikan Makan Buah Betik

1. Menjaga kesihatan mata
Kandungan vitamin A yang sangat tinggi pada buah betik ini pastinya sangat bemanfaat untuk menjaga kesihatan mata kita. Oleh itu, rajin-rajinlah makan buah betik supaya tidak cepat rabun.

2. Mencegah stroke dan serangan jantung
Buah betik juga kaya dengan zat antioksidan yang berfungsi untuk mencegah terjadinya oksidasi kolestrol yang menyebabkan stroke maupun serangan jantung.

3. Meningkatkan keimunan tubuh kita
Mungkin kebanyakan dari pada kita pernah mengalami flu dan demam secara tiba-tiba padahal cuaca sedang bagus. Hal seperti itu boleh berlaku disebabkan sistem imunisasi kita rendah. Jadi untuk mengelakkan ianya berlaku kita boleh memakan betik kerana betik kaya dengan vitamin C yang boleh meningkatkan kekebalan tubuh kita.

4. Mengatasi sembelit serta melancarkan sistem pencernaan
Kandungan Papain pada betik mampu untuk membunuh bakteria yang menggangu sistem pencernaan kita. Dengan mengambil buah betik secara teratur akan dapat mengelakkan kita dari sembelit.

5. Kulit akan sentiasa sihat
Sesiapa yang mengalami masalah kulit kering, kamu boleh cuba mengambil buah betik. Kandungan vitamin C dan E pada buah betik akan mambantu mengatasi kulit kering serta meremajakan sel kulit kita.

Sebenarnya masih banyak lagi kebaikan buah betik ini. Jadi untuk yang tidak suka makan buah betik itu, silalah suka wkwkwk. Sekian.

1 comment:

  1. la..

    kat rumah ada pulak betik ..

    betik ini merupakan makanan kesukaan saya tahap giler

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca entri ini dan silakan untuk memberikan komen anda. Kami sangat menghargai pandangan atau komen yang akan anda berikan. Sila berikan komen anda dengan cara yang berhemah kerana saya tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis.

Sekian.

Powered by Blogger.