Header Ads

Cara Untuk Menangani Rasa Malas Tiap Hari Isnin


Setiap kali hari isnin rasa malas dan kurang bersemangat akan menguasai diri. Maklumlah tidak puas cuti atau rehat pada hari sabtu dan ahad.

Ramai orang memang yang mengalami hal ini terutamanya dalam golongan pelajar dan orang yang mula bekerja pada hari isnin. Mungkin terdapat beberapa cara yang boleh kita buat untuk mengatasi perasaan malas setiap isnin.

Cara Untuk Menangani Rasa Malas Tiap Hari Isnin

Cara Untuk Menangani Rasa Malas Tiap Hari Isnin

1. Mandi pagi dengan air yang sejuk

Bangun sahaja dari tidur terus pergi mandi supaya perasaan mengantuk hilang dan badan kita lebih segar dan cergas untuk menempuhi pagi isnin. Kalau boleh cuba mandi dengan air yang sejuk supaya lebih segar.

2. Jangan tinggalkan sarapan

Kalau tidak mahu badan lemah atau mengantuk, jangan sesekali mengabaikan sarapan. Sarapan memberikan tenaga dan buat minda kita lebih bersedia. Kalau kita abaikan sarapan pada pagi isnin kompomlah kita makin kurang bersemangat.

3. Minum kopi atau teh

Pengambilan minum minuman berkafein pada waktu pagi boleh membuatkan kita menjadi lebih fokus dalam membuat sebarang pekerjaan kita. Kafein juga membuatkan kita rasa segar dan kekal aktif. Tapi awas, jangan sampai berlebihan.

4. Pakai pakaian yang cantik dan menarik

Pakailah pakaian yang paling terbaik sebab ianya boleh meningkatkan keyakinan dan semangat kita.

5. Dengar lagu

Mendengar lagu juga boleh meningkatkan semangat dan dapat membakar semangat untuk bekerja sepanjang hari.


Jadi, kalau silalah cuba untuk mencuba salah satu cara diatas untuk mengatasi kurang semangat di pagi isnin. Sekian.

1 comment:

  1. No 4 tu slalu buat kalo rasa monday blues tu dtg. DAN SANGAT BERKESAN ! HAHAHAHA

    Singgah sni as a team dari sabahan blogger ! =D

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca entri ini dan silakan untuk memberikan komen anda. Kami sangat menghargai pandangan atau komen yang akan anda berikan. Sila berikan komen anda dengan cara yang berhemah kerana saya tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis.

Sekian.

Powered by Blogger.