SAPS Ibu Bapa - Semakan Keputusan Peperiksaan Sekolah

saps ibu bapa 2017 online
SAPS Ibu Bapa merupakan sistem analisis peperiksaan sekolah yang diwujudkan oleh pihak kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Ibu Bapa boleh menggunakan laman web SAPS untuk membuat semakan keputusan peperiksaan anak-anak mereka dalam peperiksaan di sekolah rendah atau sekolah menengah seperti ujian, peperiksaan pertengahan tahun, peperiksaan akhir tahun serta keputusan peperiksaan percubaan UPSR, percubaan PT3 dan percubaan SPM.

Cara Untuk Membuat Semakan Keputusan Peperiksaan Menggunakan SAPS Ibu Bapa

1. Masuk ke laman web SAPS - Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

2. Seterusnya masuk nombor sijil lahir atau nombor kad pengenalan anda di ruang yang disediakan dan klik pada butang Cari.

3. Langkah yang seterusnya ialah, klik pada butang PILIH NEGERI dan pilih negeri tempat bersekolah.

4. Setelah memilih negeri tempat bersekolah, klik pada buatng Cari Di Sini untuk mencari sekolah anda.

5. Apabila selesai memilih sekolah anda, klik pada butang Semak dan anda akan dibawah masuk ke halaman seperti yang saya tunjukkan di bawah ini.

saps ibubapa 2017

6. Klik pada Pilih Tahun dan seterusnya pilih jenis peperiksaan.

7. Langkah terakhir klik pada butang Papar Slip Keputusan atau Papar Markah Peperiksaan.

8. Selesai.

Semoga anda entri panduan membuat semakan keputusan peperiksaan SAPS Ibu Bapa ini membantu anda.

Artikel lain mengenai Informasi :
Share this Post Via:
FacebookTwitterGoogle+