Tips Pemilihan Nama Domain Blog

Salam sejahtera semua.

Untuk menghasilkan sebuah blog atau web, pemilihan nama domain yang tepat adalah hal yang paling penting.

Rasanya masih ramai blogger yang belum membeli domain sendiri. Saya sarankan anda untuk memiliki domain sendiri sebab banyak kebaikan memiliki nama domain blog sendiri. Salah satunya ialah blog kita nampak lebih professional huhu.

So, untuk entri kali ini saya mahu kongsikan beberapa tips untuk membuat pemilihan nama domain secara betul.

1. Jangan guna domain percuma

Ya yang ini boleh dikatakan sangat penting. Kalaulah bolehkan janganlah guna domain yang percuma.

Biasanya domain percuma ini selalu dikejar-kejar oleh blogger-blogger baru yang teringin sangat memiliki domain sendiri tapi tiada duit hikhik.

Antara contoh domain percuma ialah .TK, .GA, .ML dan banyak lagi.

Mengapa perlu beli domain sedangkan ada yang percuma?

Okay, cuba fikir bagus-bagus kalau anda mahu bangunkan sebuah blog yang berkualiti dan mengelola blog tersebut secara serius, perlukah anda guna domain percuma atau domain berbayar? Sudah tentu anda tidak mahu blog anda kelihatan tidak professional kan? Jadi pilihlah domain yang berbayar dan jangan sesekali guna domain percuma huhu.

Antara keburukan menggunakan domain percuma ialah:
Domain percuma ini nampak tidak professional
Biasanya domain percuma seperti .GA, .TK, .ML dll hanya percuma untuk setahun sahaja lepastu jadi berbayar. Kalau saya memang malas mahu bayar domain yang nampak tak professional hukhuk.
Biasanya domain percuma ini banyak digunakan untuk blog-blog spam yang sangat dibenci oleh pak cik Google.

2. Guna brandable domain, bukan EMD

Apa itu EMD dan brandable domain?

EMD yang merupakan singkatan daripada Exact-Match Domain ialah sebuah domain yang menggunakan keyword target atau kata kunci yang anda mahu rank tinggi di mesin pencari.

Contohnya, kalau kita mahu rank kata kunci "Belajar Main Gitar", maka EMD yang digunakan ialah www.belajar-main-gitar.com .

Manakala brandable domain ialah domain yang yang mementingkan branding berbanding kata kunci. Sebagai contoh laman web yang menggunakan brandable domain ialah facebook.com, google.com dll.

Jadi perlu pilih yang mana? EMD atau brandable domain?

Kalau mahu blog nampak lebih professional gunakan brandable domain tapi kalau cuma nak target kata kunci untuk rank di mesin carian gunakan EMD.

Tapi kalau saya, saya 100% memilih brandable domain sebab ianya nampak lebih professional dan pastinya lebih cepat dikenali ramai.

3. Kalau boleh guna domain .com

Mengapa perlu guna .COM sedangkan masih banyak lagi pilihan TLD extension yang lain?

Sebabnya, .COM adalah yang paling terkenal di internet.

Kalau nama domain yang anda pilih tidak available dalam .COM barulah anda cuba guna .NET, .CO atau ccTLD. ccTLD ini ialah Country Code Top-level Domain. Sebagai contoh ccTLD untuk negara Malaysia ialah .MY .

4. Guna domain yang pendek dan mudah diingat

Ya ini juga penting untuk pemilihan nama domain.

Elakkan daripada menggunakan nama domain yang terlalu panjang agar nama domain mudah diingat.
Jangan gunakan angka dalam nama domain.
Jangan gunakan tanda hubung - .
Jangan gunakan perkataan yang sukar dieja.


5. Beli domain di tempat yang boleh dipercayai

Yang ini pun boleh dikatakan antara yang terpenting dalam pemilihan nama domain huhu.

Beli domain di laman web yang popular dikalangan rakan blogger.

Saya beli domain di Netkl.com dan saya boleh cakap netkl memang paling terbaik.

Kesimpulannya

Itu saja perkongsian mengenai tips pemilihan nama domain. Semoga entri dapat membantu anda dan kalau ada yang kurang, silalah tambah diruangan komen wokeh..

Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel