10 Petua Hilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat

Cara Menghilangkan Bekas Jerawat

Sebelum ini saya sudah kongsikan mengenai cara untuk menghilangkan jerawat. Jadi kali ini, saya akan kongsikan kepada anda, 7 cara untuk menghilangkan bekas atau parut jerawat secara tradisional.

Okay kita terus kepada cara-caranya :)

1. Tebu

Campurkan 2 bahagian air tebu dengan satu bahagian minyak zaitun. Titiskan sedikit jus lemon, dan sapukan pada kulit muka. Biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan moisturizer. Amalkan sekali setiap dua atau tiga hari.

2. Lemon

Perah sedikit jus lemon ke dalam mangkuk. Kalau kulit anda sensitif, cairkan dengan air sejuk. Kalau tak tak perlu cairkan. Gunakan kapas, sapukan ke muka dan biarkan kering.

3. Ubi Kentang

Hiris kentang nipis-nipis dan tempekkan kepada kulit muka. Kalau mahu, boleh juga buat hirisan tebal dan urutkan pada bahagian berparut. Biarkan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum dibilas dengan air suam. Amalkan sekali sehari.

4. Kulit Kayu Manis dan Bedak Sejuk

Peertama sekali, sediakan dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Seterusnya, tumbuk kulit kayu manis hingga menjadi serbuk halus. Kemudian, campur serbuk kayu manis itu dengan bedak sejuk dan jangan lupa untuk tambah air.

Setelah itu, lumurkan pada tempat parut pada muka anda. Untuk mendapatkan hasil yang maxsimum, sila buat sekerap mungkin. Lama-kelamaan parut jerawat itu akan pudar dan hilang.

5. Lidah Buaya (Aloe Vera)

Pertama sekali, ambil daun lidah buaya dan belah daun supaya lendirnya keluar. Sapukan lendir daun lidah buaya pada parut. Lakukan tiga kali dalam seminggu. Sebagai pengetahuan kita semua, tanaman lidah buaya ini ialah tanaman yang boleh menghalau nyamuk.

6. Asam Jawa

Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Sapukan ramuan asam jawa itu pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur.

7. Madu

Mula-mula ambilkan sedikit madu. Campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali.

8. Timun

Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.

9. Daun Senduduk

Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.

10. Daun Sirih Muda

Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel