Terlalu Banyak Minum Kopi Tidak Bagus Untuk Kesihatan

Sudah umum bahawa dalam dunia ini kebanyakkan orang suka minum kopi. Kopi bukan sahaja popular dalam kalangan orang tua, tetapi juga diminati oleh anak muda bahkan remaja.

Terlalu Banyak Minum Kopi Tidak Bagus Untuk Kesihatan
Apatah lagi orang yang bekerja sehingga larut malam, sudah pastinnya ditemani dengan kopi sepanjang bekerja bukan?

Namun demikian, jika kita minum kopi secara berterusan ianya tidak baik untuk kesihatan tubuh badan kita. Menurut mydomaine.com mengambil terlalu banyak kafien atau 5 atau lebih dari 5 cawan kopi akan menyebabkan kegelisahan.

Berikut merupakan keburukan jika terlalu minum kopi yang harus kita ketahui bersama.
1. Boleh membuat nafas kita jadi pendek
Orang yang terlalu banyak mengambil kopi dapat melepaskan lebih banyak adrenaline hormone yang dapat memicu stress. Seterusnya stress akan meningkatkan kadar denyut jantung, tekanan darah dan hal ini juga boleh membuatkan nafas menjadi lebih pendek berbanding kebiasaanya. Jadi berhati-hatilah dalam mengambil kopi, apalagi jika terlalu sering.

2. Boleh membuat kita cepat marah dan bimbang
Terlalu Banyak Minum Kopi Tidak Bagus Untuk Kesihatan
Pernafasan cetek boleh menyebabkan kekurangan oksigen ke otak kita. Kita mungkin mengalami keresahan, kebimbangan, dan tidak rasional malah, kedua-duanya.

3. Boleh menyebabkan insomnia
Secara purata, ianya mengambil masa 24 jam untuk kopi dicerna. Jadi minum kopi terlalu banyak pada lewat petang atau sebelum tidur boleh menyukarkan kita untuk tidur. Sudah tentu, kekurangan tidur boleh terus memburukkan lagi gejala-gejala yang di atas.

Semoga kita dapat mengawal pengambilan kafien dalam kehidupan seharian kita agar terhindar dari gejala-gejala buruk.

Semoga bermanfaat. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel