Tuisyen sememangnya penting untuk para pelajar masa ini. Ini kerana dengan tuisyen, pelajar dapat lebih memahami apa yang mereka pelajari kerana tuisyen adalah pelengkap untuk apa yang pelajar pelajari di sekolah.

Terdapat tiga jenis tuisyen yang selalu pelajar pergi iaitu yang pertama, tuisyen kelas. Tuisyen kelas merujuk kepada tuiysen yang dilaksanakan secara beramai-ramai. Dengan tuisyen kelas, seorang guru tuisyen akan membimbing sejumlah pelajar, biasanya melebihi 10 orang. Bentuk tuisyen ini adalah ekonomi dan biasanya beroperasi di pusat tuisyen.

Yang kedua adalah, tuisyen kumpulan kecil. Tuisyen kumpulan kecil melibatkan seorang guru dan sejumlah pelajar yang kecil. Pelajar yang terlibat adalah tidak lebih daripada 10 orang.

Seterusnya, tuisyen individu atau home tuition. Bentuk tuisyen ini melibatkan seorang pelajar dan seorang guru. Dalam keadaan ini seorang guru akan memberikan bimbingan khusus kepada seorang pelajar.

home tuition

Apa itu home tuition?

Home Tuition ataupun tuisyen di rumah merupakan sesi pembelajaran di rumah pelajar yang akan diajar oleh Home Tutor. Biasanya hanya seorang murid akan diajar setiap masa ini bergantung kepada permintaan ibu bapa kepada pelajar. Sesi pembelajaran ini atau dikenali sebagai tuisyen di rumah adalah bagi membantu pelajar lebih fokus dan faham terhadap subjek yang dipelajarinya di rumah.

Apa kelebihan home tuition?

  • Home tuition membolehkan pelajar dapat lebih fokus dalam pelajaran.
  • Dengan adanya guru tutor di rumah, pelajar berasa lebih selesa dan dia boleh bertanya dan membincangkan topik yang sukar berbanding di sekolah.
  • Dengan home tuition, penglibatan ibu bapa dapat membolehkan pelajar belajar dengan lebih baik.
  • Guru tuisyen dan ibu bapa boleh berbincang bersama mengenai prestasi semasa pelajar.
  • Tidak perlu risau dengan masalah mengenai keselamatan dan pengangkutan kerana tutor akan datang sendiri kerumah.
  • Tutor akan dapat mengesan kelemahan pelajar dengan lebih cepat serta mengatasinya secara khusus terhadap pelajar tersebut.