12 Maksud Status Tracking Poslaju Parcel Hub

Poslaju Parcel Hub - Membeli-belah secara online memang sudah menjadi kelaziman setiap orang pada masa ini.

Ya, mudah sahaja cara untuk membeli secara online tetapi masih ada masalah yang sering dihadapi oleh pelanggan terutamanya ketika menggunakan servis penghantaran yang ditawarkan oleh Pos Malaysia melalui poslaju.

Kesukaran memahamai fungsi nombor penjejakan atau tracking number kadang-kala memberi masalah besar kepada pengguna kerana ia seharusnya diperiksa secara berkala.

Kegagalan berbuat demikian akan mewujudkan masalah yang lebih besar seperti kehilangan parcel mahupun paket yang sepatutnya sampai ke tangan pelanggan tidak kunjung tiba membuatkan kita risau.

Senarai Kandungan [Show]

Apa Itu Poslaju Parcel Hub?

Istilah Poslaju Parcel Hub bermaksud bungkusan anda telah tiba di hub terdekat dari mana bungkusan itu akan dispatched (jika lokasi penjual) atau dihantar (jika dekat dengan lokasi anda). Lokasi pejabat Parcel Hub bergantung pada lokasi penjual dan alamat penghantaran.

Berikut saya kongsikan kepada anda tips bagaimana untuk faham 12 maksud status tracking Poslaju Parcel Hub.

Poslaju Parcel Hub

12 Status Poslaju Parcel Hub

1. Item posted over the counter

Maksud item posted over the counter ialah bungkusan barang baru saja tiba di pejabat Poslaju. Pihak yang bertugas baru saja scan kod bar yang ada pada bungkusan untuk masuk ke dalam sistem.

2. Consignment received and processed from posting at Post Offices

Maksud consignment received and processed from posting at post offices ialah bungkusan telah diterima oleh pihak pejabat pos utama. Kini bungkusan sedang diproses mengikut poskod alamat si penerima.

3. Item dispatched out

Maksud item dispatched out ialah bungkusan telah mula di bawa keluar dari pejabat pos untuk dihantar ke pusat agihan utama mengikut poskod negeri yang ditulis oleh si pengirim.

4. Item processed

Maksud item processed ialah Bungkusan selamat tiba di pusat agihan mengikut poskod negeri dan sedang di proses.

5. Consignment dispatch out from Transit Office

Maksud consignment dispatch out from transit office ialah bungkusan keluar dari pusat agihan dan sedang dihantar ke Poslaju parcel hub terdekat sebelum dihantar kepada penerima.

6. Arrive at delivery facility at

Maksud arrive at delivery facility at ialah bungkusan baru tiba di Poslaju parcel hub terdekat.

7. Item out for delivery

Maksud item out for delivery ialah bungkusan telah di bawa keluar oleh posmen untuk proses penghantaran ke alamat penerima.

8. Item can be collected at

Maksud item can be collected at ialah bungkusan telah sedia untuk diambil dari kaunter pejabat pos yang berkaitan.

9. Item delivered to

Maksud item delivered to ialah bungkusan telah berjaya diserahkan kepada penerima mengikut alamat yang tertera. Nama dan no IC penerima bungkusan turut di ambil untuk dimasukkan ke dalam sistem.

10. Item posted after cut off time

Maksud item posted after cut off time ialah bungkusan akan diproses pada hari bekerja berikutnya.

11. Item delivered to mail drop

Maksud item delivered to mail drop ialah bungkusan telah dimasukkan ke dalam peti surat.

12. Unsuccessful delivery. Please contact 1 300 300 300. Address not available

Maksud unsuccessful delivery. Please contact 1 300 300 300. Address not available ialah bungkusan tidak berjaya dihantar ke alamat penerima. Ini mungkin disebabkan ketiadaan penerima di alamat penerima. Sila hubungi 1-300-300-300 untuk penghantaran yang kedua pada hari berikutnya. Untuk lebih mudah, boleh terus di ambil dari pejabat pos yang terlibat.


Jadi, itulah 12 status poslaju parcel hub berserta penerangannya agar anda faham mengenainya. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel