Cara Membuat Permohonan i-Sinar Kategori 1
Cara Membuat Permohonan i-Sinar Kategori 1 - Seperti yang dimaklumkan oleh KWSP, anda yang layak boleh mula memohon i-Sinar pada 21 Disember 2020. Tempoh permohonan bagi Kategori 1 akan dibuka selama 6 bulan mulai 21 Disember.


i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.
Syarat Untuk Memohon i-Sinar

Panduan Permohonan i-Sinar Kategori 1
- Layari isinar.kwsp.gov.my
- Isikan No IC dan No Tel Bimbit dan seterusnya tekan TERUSKAN
- Isikan Nombor OTP yang diterima melalui SMS dan tekan SAHKAN OTP atau JAWAB SOALAN KESELAMATAN untuk pengesahan.
- Tetapkan Amaun Pilihan
- Tetapkan Bayaran Bulan Pertama dan tekan TERUSKAN
- Lengkapkan Maklumat Pemohon yang WAJIB diisi
- Lengkapkan Maklumat Pembayaran dan tekan TERUSKAN
- Semak Maklumat Pemohon dan Maklumat Pembayaran dan tandakan ✓ sebelum tekan HANTAR
- Permohonan telah diterima dan akan diproses

Semakan status permohonan boleh disemak bermula 4 Januari 2020 nanti. Manakala, permohonan kategori 2 akan dibuka pada 11 Januari.
Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan i-Sinar Kategori 1, layari laman web i-Sinar KWSP atau FAQ (Soalan Lazim.Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian HOTLINE i-Sinar di 03-8922 4848Waktu panggilan: 8.00 pagi-8.00 malam (Setiap Isnin-Jumaat)
0 Response to "Cara Membuat Permohonan i-Sinar Kategori 1"
Post a Comment