Apa Maksud Singkatan OOTD?

Apakah Maksud OOTD

Apa Maksud Singkatan OOTD? - Untuk kaki fesyen atau pengguna Instagram, sudah tentu sudah biasa dengan perkataan ini. Dari hujung rambut hingga hujung kaki, mereka yang berOOTD ini all out gambar yang diupload ke Instagram.

Maksud Singkatan OOTD

Maksud #OOTD ialah singkatan daripada "Outfit of The Day" atau dalam bahasa melayu pakaian yang mereka kenakan atau pakai pada hari tersebut. Biasanya mereka mengambil gambar penampilan mereka dan kemudiannya terus memuat naik ke Instagram dengan pelbagai kapsyen, contohnya tema fesyen berserta tanda pagar #OOTD.

Salah satu tujuan memaparkan gambar OOTD di Instagram adalah untuk memberi rujukan fesyen kepada followers.

Tips OOTD

Tips OOTD Yang Cantik

1. Pemilihan latar belakang

Cari latar belakang yang sesuai dengan pakaian yang anda gayakan.

2. Cari sudut/angle yang cantik

Jika anda bijak memilih angle yang cantik, sudah pasti hasilkan gambar pun lebih cantik. Ambil dari bawah ke atas untuk anda kelihatan lebih tinggi.

3. Pencahayaan yang baik

Pencahayaan juga memainkan peranan penting untuk menghasilkan gambar OOTD yang terbaik.

4. Edit gambar

Jangan lupa untuk edit dengan menambah elemen-elemen yang boleh buat gambar lebih menarik dan profesional.

Itu sahaja mengenai maksud OOTD dan juga beberapa tips untuk OOTD yang boleh anda cuba. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel