Resepi Kuey Teow Goreng Basah

Salam sejahtera semua. Dalam artikel ini, saya kongsikan kepada anda satu resepi yang ramai orang cari iaitu resepi kuey teow goreng basah.

Resepi Kuey Teow Goreng Basah

resepi kuey teow goreng basah

Bahan-bahan

1 Bungkus kueytiaw

Udang/kerang/ayam

1 biji telur

2 biji bawang merah (dihiris)

4 ulas bawang putih (diketuk)

2 biji cili

2 sudu besar sos tiram

2 sudu besar sos cili

3 sudu besar kicap manis

2 cawan air

Segenggam taugeh

Sedikit hirisan daun kucai

Garam / pati ayam


Cara masak

1

Tumiskan 2 biji bawang merah (dihiris), 4 ulas bawang putih (diketuk) dan 2 biji cili.

2

Apabila tumisan sudah garing sikit, masukkan 2 sudu cili boh, dan tumiskan seketika.

3

Kemudian masukkan 2 sudu besar sos tiram, 2 sudu besar sos cili dan 3 sudu besar kicap manis.

4

Masukkan udang dan kerang (ayam/daging pun boleh).

5

Masukkan 2 cawan air.

6

Masak sehingga mendidih, kemudian masukkan 1 biji telur (dipukul sedikit dengan garfu).

7

Masukkan 1 bungkus kuey teow, segenggam taugeh dan sedikit hirisan daun kucai.

8

Perasakan dengan garam dan serbuk/kiub pati ayam secukup rasa.

9

Kacau rata dan siap.


Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel