Header Ads

Mengapa Kapal Terbang Selalunya Berwarna Putih?

Mengapa Kapal Terbang Selalunya Berwarna Putih?
Salam sejahtera semua. Pernahkah anda terfikir mengapa kebiasaannya kapal terbang berwarna putih? Disini saya akan kongsikan kepada anda semua mengenai hal tersebut.

1. Memantulkan haba

Dengan cat warna putih, haba dapat dipantulkan semula, dengan itu ianya akan mengurangkan suhu atau mengelakkan panas di dalam kapal terbang.

2. Mudah mengesan retak, kemek dan tumpahan minyak

Kita sendiri tahu bahawa bahan berwarna putih sangat mudah untuk kotor bukan? Begitu juga dengan kapal terbang, ia kebiasaannya berwarna putih sebab ianya bagi memudahkan pekerja untuk mengesan keretakkan pada badan kapal terbang atau kekemekan dan tumpahan minyak.

3. Tidak mudah luntur

Apabila kapal terbang berada di altitud yang tinggi sehingga terdedah dengan keadaan atmosfera yang ekstrim, kapal terbang yang berwarna kebiasaannya akan luntur. Berlainan dengan kapal terbang berwarna putih yang tidak terlalu jelas berubah.

4. Tidak berat

Jika kapal terbang dicat dengan warna selain putih, berat kapal terbang akan bertambah. Hal tersebut akan menyebabkan, penggunaan bahan bakar lebih banyak diperlukan.

5. Kos mengecat kapal terbang sangat tinggi

Mengecat kapal terbang memerlukan kos yang amat besar. Menurut Boeing, proses mengecat sebuah kapal terbang Boeing Airbus mengambil masa antara dua hingga ke tujuh hari, bergantung kepada bajet.

6. Ianya akan jadi murah jika dicat warna lain

Kapal terbang yang diubah warnanya dari putih akan menjadi murah apabila dijual.


Kini, anda sudah tahu mengapa kapal selalunya terbang dicat warna putih. Jadi jangan lupa untuk kongsikan kepada kawan-kawan yang belum tahu mengenai hal ini. Semoga bermanfaat. Sekian.

3 comments:

  1. Sekarang baru tahu..

    ReplyDelete
  2. tapi skg tu asia coloiurfull sudah kan...

    ReplyDelete
  3. ya btoi...klu kaler hitam...ada keburukannya..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca entri ini dan silakan untuk memberikan komen anda. Kami sangat menghargai pandangan atau komen yang akan anda berikan. Sila berikan komen anda dengan cara yang berhemah kerana saya tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis.

Sekian.

Powered by Blogger.