Cara Ukur Saiz Kasut Dengan Betul: Panduan Tepat Pilih Saiz Kaki
2026-02-15T17:35:20Z
Ramai orang membeli kasut berdasarkan saiz biasa tanpa mengukur kaki sebenar. Namun, saiz kasut berbeza mengikut jenama dan bentuk kaki, jadi mengukur kaki dengan betul sangat penting untuk keselesaan dan kesihatan kaki.
Artikel ini menerangkan cara mudah dan tepat untuk mengukur saiz kaki sebelum membeli kasut, terutama secara online.
Kenapa Penting Ukur Saiz Kasut Dengan Betul?
Memakai kasut salah saiz boleh menyebabkan:
- Kaki melecet
- Sakit kaki dan tumit
- Jari terhimpit
- Ketidakselesaan berjalan
Kajian juga menunjukkan ramai individu memakai kasut tidak sesuai, yang boleh menjejaskan kesihatan kaki.
Cara Ukur Saiz Kasut

Berikut merupakan cara ukur saiz kasut Malaysia, US, UK dan EU yang betul:
- Ambil kertas
- Letakkan kaki anda pada kertas
- Tandakan menggunakan pensel dari hujung ke hujung kaki pada kertas itu
- Kemudian ukur menggunakan pita pengukur atau pembaris
- Seterusnya padankan ukuran tersebut pada jadual saiz kasut di bawah
Saiz Kasut Lelaki

Saiz Kasut Perempuan

Saiz Kasut Kanak-Kanak

Tips Untuk Membeli Kasut
Untuk mendapatkan ukuran yang betul-betul sesuai untuk anda, ukur saiz kaki anda ketika waktu petang kerana ketika ini kaki berada dalam keadaan yang baik (saiz optimum).
Anda juga boleh tambahkan 0.5 hingga 1 inci (1.27 hingga 2.54 cm) pada saiz kasut yang anda mahu beli. Hal ini kerana, kita akan guna stokin, perlu untuk ruangan stokin itu. Ada lebih baik kalau kasut tu ada longgar sedikit sahaja berbanding kasut yang tidak sesuai saiz atau sempit.
Kesimpulan
Mengukur saiz kaki dengan betul membantu memilih kasut yang selesa, sesuai dan selamat untuk kesihatan kaki. Dengan kaedah mudah menggunakan kertas dan pembaris, anda boleh mengetahui saiz kasut tepat sebelum membeli.