Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah 2024

Surat Cuti Sekolah | Berikut saya kongsikan kepada anda contoh surat rasmi untuk memaklumkan kepada guru bahawa anak tidak hadir ke sekolah kerana sakit. Ini penting bagi para ibu bapa yang mempunyai anak yang sedang bersekolah.

surat cuti sekolah

Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah Cuti Sakit

Harris Bin Zahir,

Blok A-15, Taman Pulau Indah,

10358 Kangar,

Perlis Indera Kayangan.

__________________________________

 

Guru Kelas 5 Cempaka

Sek. Keb. Tanjong Jejawi

Jalan Raja Putra,

10560, Ulu Pauh,

Perlis Indera Kayangan.                    25 JANUARI 2021

 

Tuan,

 

PERKARA: KETIDAKHADIRAN DIRI KE SEKOLAH

 

Merujuk kepada perkara di atas, saya selaku bapa kepada Zakri Bin Haris, pelajar 5 Bestari ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawa anak saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah pada 24 Januari 2021 bersamaan hari Isnin.

 

2. Hal ini adalah disebabkan anak saya mengalami gejala demam panas dan telah diberikan sijil cuti sakit oleh doktor bermula ______ sehingga ______ yang akan dilampirkan bersama surat ini.

 

3.  Justeru itu, saya memohon maaf di atas ketidakhadiran beliau ke sekolah. Sekiranya pihak tuan ada sebarang kemusykilan di atas ketidakhadiran anak saya, pihak sekolah boleh menghubungi saya di talian________ untuk mendapatkan kepastian. Saya berharap pihak tuan dapat memahami masalah yang dihadapi anak saya.

 

Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak  uan saya amat hargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.

 

 

Yang benar,

……………………..

(Haris Bin Zahir)

012 3456789


Haris Bin Zahir,

Blok A-15, Taman Pulau Indah,

10358 Kangar,

Perlis Indera Kayangan.

__________________________________

 

Guru Kelas 5 Cempaka,

Sek. Keb. Tanjong Jejawi,

Jalan Raja Putra,

10560, Ulu Pauh,

Perlis Indera Kayangan.                       28/03/2021

 

Tuan/ Puan,

 

PERKARA: TIDAK HADIR KE SEKOLAH

 

Merujuk kepada perkara diatas, saya Haris Bin Zahir waris penjaga Muhamad Zakri ingin menjelaskan sebab anak jagaan saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah pada 26/03/2021.

 

2. Anak jagaan saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah disebabkan mengalami demam berpanjangan yang bermula 25/03/2021 setelah pulang dari sekolah.

 

3. Saya telah membawa anak jagaan saya untuk dirawat pada malam 25/03/2021 berikutan demam yang berlanjutan. Dengan itu, saya sertakan sekali sijil cuti sakit yang diberikan doktor bagi membolehkan anak saya bercuti sehari.

 

Saya ingin meminta maaf diatas kejadian dan berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan surat ini.

 

Sekian terima kasih.

 

Yang Benar,

tanda tangan

(Haris Bin Zahir)


Itulah contoh surat kiriman rasmi tidak hadir ke sekolah. Semoga bermanfaat. Sekian terima kasih.

Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel