Petanda Kelopak Mata Bergerak-Gerak Dan Berdenyut

Eye twitching atau "Myokymia" dalam bahasa melayu diterjemahkan sebagai mata berkedip-kedip atau juga dipanggil mata bergerak-gerak.

Sudah pasti terasa rimas kalau tiba-tiba kelopak mata asyik bergerak-gerak dan mula rasa risau adakah situasi ini membawa maksud tertentu.

Senarai Kandungan [Show]

Petanda Kelopak Mata Bergerak-Gerak

kelopak mata bergerak-gerak

Ada orang mengatakan bahawa mata berkedip-kedip ada kaitan dengan hati dan perasaan kita, malah ada juga yang cuba "meramal masa depan" dengan mengatakan akan terjadi sesuatu yang kita tidak sangka, sama ada perkara itu baik atau tidak baik.

Berikut merupakan antara petanda kelopak mata bergerak-gerak.

Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas

Akan berjumpa dengan orang jauh atau akan mendapat berita baik.

Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah

Akan mendapat berita gembira.

Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas

Seseorang yang jauh atau lama terpisah mahu berjumpa dengan anda.

Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah

Akan menangis (akibat berita kurang baik/musibah.


Banyak lagi versi sebenarnya petanda kelopak mata bergerak-gerak ini, cuma terpulang kepada kita untuk percaya.

Walau bagaimanapun, petanda kelopak mata bergerak-gerak yang saya kongsikan ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan seratus peratus.


Punca Kelopak Mata Bergerak-Gerak Mengikut Kajian Sains

Untuk mendapatkan lebih kepastian mengenai kelopak mata bergerak-gerak, Mari kita ambil tahu kajian sains mengenai punca kelopak mata yang bergerak-gerak.
  • Semasa tubuh badan berada di dalam keadaan yang tertekan, reaksi tubuh adalah berbeza-beza. Salah satu tandanya ialah berkaitan dengan ketegangan mata.
  • Kekurangan tidur, sama ada disebabkan tekanan atau sebab-sebab lain mampu menyumbang kepada kekejangan kelopak mata.
  • Merenung komputer atau peranti terlalu lama menjadikan otot di keliling kawasan mata jadi terlampu penat sehingga menjadi punca kepada masalah mata menguit.
  • Kebanyakan pakar percaya bahawa mengambil kafein atau alkohol yang berlebihan akan menyebabkan masalah eye twitching.
  • Radang pada mata disebabkan alah boleh mempengaruhi mata untuk menguit.

Itulah antara petanda kelopak mata bergerak-gerak dan juga punca hal tersebut berlaku menurut kajian sains. Sekian.

0 Response to "Petanda Kelopak Mata Bergerak-Gerak Dan Berdenyut"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel