20 Ayat Cinta Sweet Dan Ayat Manis Untuk Pasangan

ayat cinta sweet gila

Dalam perhubungan terutamanya dalam percintaan, pasti ada masa-masa yang sangat romantik dan ada juga berlaku salah faham.

Kalau berlaku salah faham, kena lah cari cara untuk membaiki keadaan tersebut. Salah satu cara yang boleh digunakan ialah dengan memberikan ayat-ayat cinta cewahhhh.

Ayat Cinta Sweet Gila

Berikut merupakan beberapa ayat cinta yang anda boleh gunakan untuk mencairkan hati pasangan.

Kadang-kadang, kita terlepas pandang bahawa Allah mengatur segala-galanya. Mungkin Dia mahu kita bertemu orang lain, yang lebih baik untuk kita dan memberikan orang yang lebih baik kepada orang yang kita cintai.
Awak adalah jawapan untuk setiap doa saya. Awak adalah lagu, mimpi, bisikan, dan saya tidak tahu bagaimana saya boleh hidup tanpa awak.
Mencintaimu dan disayangi olehmu adalah hadiah paling berharga yang pernah saya terima.
Dalam hidup ini, tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apalagi bila melibatkan perasaan orang lain.
Saya mungkin tidak bersama awak sepanjang masa, tetapi saya mahu awak tahu bahawa awak tidak pernah keluar dari hati saya.
Terkadang, kita tidak dapat apa yang kita impikan. Lalu, kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa. Sedangkan, kita tidak sedar, apa yang kita perolehi adalah lebih baik dari apa yang kita harapkan.
Cinta saya untuk awak adalah perjalanan. Bermula selamanya, dan tidak pernah berakhir.
Apa sahaja yang berlaku. Apa sahaja yang awak lakukan dan apa sahaja yang awak akan lakukan. Saya akan sentiasa mencintai awak.
Benarkah bahawa percintaan itu sesuatu yang indah? Benarkah setiap pencinta akan terus mengingati kekasihnya walaupun kekasih itu tidak ada buat menemaninya setiap waktu?
Cinta hanya satu perasaan. Jika diupam rasa, sarat emosi, maka bersemi, mekar dan rendanglah ia. Tetapi, jika diabaikan, dibiarkan, pasti akan layu dan kekeringan. Cinta tidak lebih hanya satu perasaan. Jika salah kendali, bisa jadi penyakit.
Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma satu yang akan jadi igauan pemujanya.
Peraturan cinta menyatakan yang kita boleh mencintai sesiapa saja. Kenapa? Kerana cinta itu adalah hak kita. Tak ada orang yang boleh membunuh cinta yang tumbuh walaupun oleh orang yang kita cintai itu! Itu peraturan pertama bercinta!
Tuhan tahu rasa hati kita. Tuhan dengar keluhan kita. Kalau kita tak lupa dia, dia tak lupa kita. Di tangan dia ada ‘kunci’. Dan, kita ada pilihan sama ada mahu dapatkan kunci itu atau tidak.
Rasa terikat, terlalu sayang dan terlalu benci, akan buat jiwa merana.
Awak sentiasa yang pertama dan terakhir di hati saya. Ke mana sahaja saya pergi, atau apa yang saya lakukan, saya akan sentiasa memikirkan awak.
Dalam diamku ada rindu yang tidak pernah terungkap.
Kadang-kadang Tuhan turunkan petir dan kilat, kita menangis mencari di mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak beri kita pelangi.
Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya. Tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum kita miliki sampai kita mendapatkannya.
Dan benarlah kata orang itu cinta itu buta. Cinta itu tidak memerlukan cahaya matahari untuk menyuluh jalan sang pencinta itu walaupun jalan itu amat sukar dan berliku. Cahaya hati dan perasaan sudah cukup untuk menerangi segalanya.
Mencintai awak tidak pernah menjadi pilihan. Ia adalah satu kemestian.

Lihat juga: Koleksi pickupline melayu & teka teki

Itulah koleksi ayat cinta untuk mencairkan hati pasangan anda. Semoga bermanfaat. 
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel