Koleksi Teka Teki Lawak, Bodoh Dan Jawapan
2025-11-19T06:02:44Z
Kalau anda sedang mencari teka teki yang mungkin belum pernah atau jarang didengar, dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda beberapa soalan teka-teki yang lucu berserta jawapan untuk memudahkan anda semua.
Teka Teki Lawak, Bodoh, Susah Dan Jawapan

Berikut saya kongsikan kepada anda soalan teka-teki dan jawapan yang sangat menarik.
Teka Teki Lawak

Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa paling kaya?
Jawapan: Beruang (ber-wang).
Cawan kalau pecah baling kat mana?
Jawapan: Baling kat kedah.
Orang beli dia untuk makan, tapi tak makan pun?
Jawapan: Pinggan dan sudu.
Haiwan apa macam kucing tapi kecil daripada kucing?
Jawapan: Anak kucing.
Kenapa dinosout tak boleh tepuk tangan?
Jawapan: Sebab dinosour dah pupus.
Kenapa biri-biri jalan lambat?
Jawapan: Sebab kalau dia jalan laju, nama dia buru-buru.
Mee apa paling berat dalam dunia?
Jawapan: Mee wantan (One tan).
Dalam banyak-banyak rumah, rumah apa paling banyak guna air?
Jawapan: Rumah terbakar panggil bomba.
Dalam banyak-banyak ikan, ikan apa tiada kepala, tiada ekor, tiada mulut?
Jawapan: Bebola ikan.
Dalam banyak-banyak bantal, bantal apa tidak boleh pakai?
Jawapan: Bantal yang dibuang.
Dalam banyak-banyak kuih, kuih apa yang orang makan tepinya sahaja tapi tengahnya orang tak makan?
Jawapan: Donut.
Kenapa keyboard penat? (keyboard laptop/komputer)
Jawapan: Dia ada dua Shift.
Dalam keyboard tu key apa yang paling sweet?
Jawapan: Enter. Kerana enter sama ana ditakdirkan bersama.
Teka Teki Bodoh

Cicak apa yang paling bahaya?
Jawapan: Cicak nafas fikirkan kau.
Dalam banyak-banyak taman, taman apa yang tidak sopan?
Jawapan: Taman tema air (Water park - sebutan macam mencarut sedikit).
Antara kereta dan motor, mana lebih tua?
Jawapan: Motor sebab pakai tongkat.
Kenapa anak babi, jalan belakang mak dia, dia tunduk?
Jawapan: Dia malu mak dia babi.
Kenapa anak arnab, jalan belakang mak dia, dia lompat?
Jawapan: Sebab dia happy, mak dia bukan babi.
Dalam banyak-banyak jin, jin apa yang hidup dalam air?
Jawapan: Jintik-jintik.
Teka Teki Susah

Dalam banyak-banyak ikan, ikan apa yang banyak mata?
Jawapan: Ikan bilis 1kilo.
Apa persamaan antara Siti Nurhaliza dengan Michael Jackson?
Jawapan: Dua dua tak kenal kau.
Pak Aji kalau terkejut jadi apa?
Jawapan: G-shock.
Benda apa yang lebih kecil dari kuman?
Jawapan: Anak kuman.
Bila masuk segitiga, bila keluar bergulung-gulung.
Jawapan: Seluar dalam.
4 orang awek share satu payung ketika berjalan. Kenapa sorang pun tak basah?
Jawapan: Sebab tak hujan.
Dalam banyak-banyak ikan, ikan apa yang jantina dia perempuan?
Jawapan: Ikan patin (Fatin).
Dalam banyak-banyak ikan, ikan apa yang jantina dia lelaki?
Jawapan: Ikan bakar.
Dalam banyak-banyak ikan, ikan apa yang maknyah?
Jawapan: Ikan patin bakar.
Dalam banyak-banyak ikan, ikan apa yang masuk syurga?
Jawapan: Ikan patin bakar sebab dia maknyah.
Haiwan apa yang ejaan dia ada 2 huruf ja?
Jawapan: udang.
Kenapa jawapan dia udang?
Jawapan: U dan G.
Bom apakah yang tidak boleh meletup?
Jawapan: Bomba
Ulat bulu kalau dia nak lalu, dia kata apa?
Jawapan: Ketepila (Caterpillar)
Gajah lalu titi, titi tu patah, kambing lalu pulak apa yang patah?
Jawapan: Patah balik.
Diharap dengan koleksi teka teki lawak, susah, bodoh dan kelakar 2024 serta jawapan ini dapat memberikan anda idea untuk berteka-teki dengan sesiapa sahaja. Sekian terima kasih.