6 Perbezaan Antara Daun Sup Dan Daun Ketumbar

Daun sup dan daun ketumbar ini boleh dikatakan macam kembar. Sekali pandang memang susah untuk membezakan dua daun ni.

Tetapi, sebenarnya kalau diperhatikan betul-betul, terdapat sedikit perbezaan antara daun sup dan daun ketumbar.

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda beberapa ciri-ciri yang dapat membezakan daun sup dan daun ketumbar.

Cara Bezakan Daun Sup Dan Daun Ketumbar

perbezaan daun sup dan daun ketumbar

Berikut merupakan 6 kriteria atau ciri perbezaan antara daun sup dan daun ketumbar yang perlu kita tahu agar tidak lagi tersalah beli.

Kriteria Perbezaan

Daun Sup

Daun Ketumbar

1. Nama / label di pasar raya

Dikenali sebagai Celery Leaves / Chinese Celery.

Dikenali sebagai Coriander Leaves / Cilantro.

2. Akar

Daun sup biasanya mempunyai akar yang kecil dan jenis akarnya berserabut.

Daun ketumbar pula akarnya bersaiz lebih besar dan jenis akar seakan-akan akar tunjang.

3. Batang

Daun sup mempunyai batang yang lebih panjang

Batang daun ketumbar agak pendek

4. Daun

Daun sup lebih lebar tetapi agak jarang-jarang.

Saiz daun ketumbar lebih kecil dan agak rimbun atau rendang pokoknya.

5. Bau

Bau daun sup lebih harum dan lembut. Hampir semua orang suka baunya.

Bau daun ketumbar lebih kuat dan tajam. Malah, baunya yang seakan-akan bau sabun atau bau kumbang mungkin membuatkan sesetengah orang rasa kurang senang.

6. Kegunaan dalam masakan

Daun sup biasanya digunakan dalam masakan Melayu. Juga untuk menghias makanan seperti mee goreng atau nasi goreng. Seperti baunya, rasa daun sup juga tidak begitu kuat dalam masakan.

Rasa daun ketumbar agak kuat dan ia seunik baunya juga. Ia mungkin kurang digunakan dalam masakan Melayu, namun daun ketumbar amat popular dalam masakan India atau hidangan Thai seperti tomyam, kerabu atau nasi ayam Thai.


Itulah antara perbezaan yang terdapat pada daun sup dan daun ketumbar. Semoga selepas ini, anda tidak lagi silap untuk membeli daun sup atau daun ketumbar. Sekian.

0 Response to "6 Perbezaan Antara Daun Sup Dan Daun Ketumbar"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel