16 Resepi Aiskrim Malaysia Viral

Koleksi resepi aiskrim Malaysia homemade atau aiskrim batang yang paling viral atau ramai sambutan di Malaysia.

Kalau kena dengan cuaca yang panas terik memang sangat sesuai layan aiskrim ini. Bukan sahaja untuk dimakan sendiri tetapi anda juga boleh jadikan sebagai jualan atau bisnes untuk tambah pendapatan.

Dari zaman budak-budak sehingga lah sudah besar, aiskrim Malaysia ini tetap menjadi pilihan di hati kerana harganya yang lebih murah walaupun sekarang harganya mungkin sudah naik berbanding dahulu.

Senarai Kandungan [Show]

Koleksi Resepi Aiskrim Malaysia

Berikut merupakan 16 resepi aiskrim Malaysia yang anda boleh cuba.

1. Aiskrim Malaysia Milo

Resepi Aiskrim Malaysia Milo

Bahan-Bahan
  • Air
  • Milo
  • Susu cair
  • Susu pekat
  • Coklat tabur
Cara-Cara
  1. Masak air.
  2. Buat air milo macam biasa tetapi letak susu cair dan susu pekat.
  3. Setelah siap buat air milo, sejukkan.
  4. Setelah milo sejuk, tuang dalam plastik aiskrim bersama coklat tabur dan ikat.
  5. Buat sampai habis dan apabila siap, simpan dalam peti ais.

2. Aiskrim Jagung Cincau

Resepi Aiskrim Jagung Cincau

Bahan-Bahan
  • Air
  • Sirap jagung
  • Susu cair
  • Susu pekat
  • Garam sedikit
  • Cincau
Cara-Cara
  1. Buat air jagung macam biasa.
  2. Letak secubit garam untuk 1 balang air jagung.
  3. Apabila air jagung sejuk, tuang dalam plastik dan letak cincau.
  4. Buat sampai habis dan apabila siap, simpan dalam peti ais.

3. Aiskrim Susu Strawberi

Resepi Aiskrim Susu Strawberi

Bahan-Bahan
  • Air
  • Susu pekat
  • Susu cair
  • Strawberi segar
Cara-Cara
  1. Buat air susu macam biasa biasa.
  2. Setelah air susu sejuk, tuang dalam plastik dan letak strawberi potong.
  3. Buat sampai habis dan apabila siap, simpan dalam peti ais.

4. Aiskrim Lemon Susu Serbuk Coklat

Resepi Aiskrim Lemon Susu Serbuk Coklat

Bahan-Bahan
  • Air
  • Susu segar
  • Susu pekat
  • Lemon
  • Serbuk coklat
Cara-Cara
  1. Buat air susu macam biasa, perah lemon sedikit dan sejukkan.
  2. Setelah sejuk, tuang dalam plastik dan letak serbuk coklat.
  3. Buat sampai habis dan apabila siap, simpan dalam peti ais.

5. Aiskrim Malaysia Choki-Choki

Resepi Aiskrim Malaysia Choki-Choki

Bahan-Bahan
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat
  • 4 tin air
  • Secubit garam
  • 2 sudu setengah tepung jagung
  • Choki-choki
Cara-Cara
  1. Kacau semua bahan dengan api perlahan.
  2. Tambah tepung jagung untuk lembutkannya.
  3. Masukkan sedikit garam.
  4. Setelah itu, potong choki-choki saiz kecil.
  5. Kemudian masukkan choki-choki ke dalam plastik.
  6. Selepas itu tuang semua bancuhan tadi ke dalam plastik. Ikat kemas dan siap.

6. Aiskrim Malaysia Sumi

Resepi Aiskrim Malaysia Sumi

Bahan-Bahan
  • 3 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 1 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan 1 sudu besar air
  • Perisa dan warna yang anda suka
  • 3 packet jelly sumi (dibelah 4 setiap satu)
Cara-Cara
  1. Masak air, susu pekat manis dan susu cair hingga mendidih.
  2. Kecilkan api, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga nampak pekat sedikit. Matikan api.
  3. Masukkan perasa dan pewarna, kacau rata.
  4. Biarkan sejuk dahulu pada suhu bilik sebelum di isi kedalam plastik atau bekas aiskrim yang sesuai.
  5. Kemudian masukkan jelly bersama-sama.

7. Aiskrim Malaysia Nutella

Resepi Aiskrim Malaysia Nutella

Bahan-Bahan
  • 1 tin susu manis
  • 1 tin susu cair
  • 5 tin air masak
  • 2 1/2 sudu tepung jagung
  • 1 sudu kecik esen vanila
  • Sedikit garam
Cara-Cara
  1. Masak air atas api kecil dan sampai semua larut dan menggelegak.
  2. Air letak lebih kalau nak kurang manis atau boleh tambah sikit gula kalau nak manis lagi.
  3. Sejukkan.
  4. Letak nutella dalam plastik aiskrim dan lenyek-lenyekkan, dan tuang campuran yang sudah sejuk. Selesai.

8. Aiskrim Malaysia Kacang Hijau

Resepi Aiskrim Malaysia Kacang Hijau

Bahan-Bahan
  • Kacang hijau (rendam semalaman)
  • 1 liter santan
  • 2 ke 3 cawan gula (boleh kurangkan jika tak mahu terlalu manis)
  • Gula merah
  • Satu ke tiga cubit garam
Cara-Cara
  1. Rebus kacang hijau sehingga kembang dan empuk.
  2. Masak air gula merah secara berasingan dan tapis.
  3. Bila kacang sudah empuk masukkan air gula merah, gula, garam dan santan.
  4. Masak macam buat bubur kacang.
  5. Kemudian tutup api dan tunggu sejuk sedikit baru masuk dalam plastik.

9. Aiskrim Malaysia Asam Boi

Resepi Aiskrim Malaysia Asam Boi

Bahan-Bahan
  • Air panas
  • Gula
  • Perisa asam masin
  • Asam boi
  • Plastik aiskrim
Cara-Cara
  1. Larutkan gula dengan air panas.
  2. Masukkan perisa asam masin (nak guna perisa oren pun boleh).
  3. Biarkan sejuk.
  4. Masukkan asam boi ke dalam plastik.
  5. Kemudian masukkan air bancuhan air asam yang sudah sejuk ke dalam plastik. Ikat ketat-ketat.
  6. Simpan dalam peti ais hingga beku.

10. Aiskrim Perisa Pisang Dan Madu Yogurt

Resepi Aiskrim Perisa Pisang Dan Madu Yogurt

Bahan-Bahan
  • 280gm yogurt tanpa lemak
  • 90gm pisang
  • 1 1/2 sudu teh madu
Cara-Cara
  1. Kisar yogurt, pisang, madu.
  2. Masukkan dalam plastik aiskrim.
  3. Bekukan.

11. Aiskrim Malaysia Versi Cheese

Resepi Aiskrim Malaysia Versi Cheese

Bahan-Bahan
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat (boleh guna 1/2 tin sahaja)
  • 3 tin air
  • 3 sudu gula (tak suka manis boleh kurangkan)
  • 2-3 sudu tepung jagung
  • 50g tatura cream cheese
  • Secubit garam
  • Filling blueberry dan strawberry (masukkan filling dalam plastik aiskrim siap siap, lagi mudah paipkan guna piping bag)
Cara-Cara
  1. Masakkan semua bahan di atas (kecuali cream cheese) dengan api sederhana.
  2. bila sudah mengelegak, masukkan cheese.
  3. Biarkan bancuhan dah agak suam, blendkan sampai cheese dah tak berketul. Sekiranya masih tak halus. Tapiskan bancuhan.

12. Aiskrim Malaysia Sangkaya

Resepi Aiskrim Malaysia Sangkaya

Bahan-Bahan
  • Santan jenama M&S 500ml
  • 1 tin susu pekat
  • 3 tin air
  • 2 sudu tepung jagung
  • Sesudu teh garam
Cara-Cara
  1. Kacau semua bahan dalam periuk dengan api sederhana sehingga mendidih.
  2. Sejuk dan tapiskan.
  3. Pastikan betul-betul sejuk baru tuang dalam plastik aiskrim.
  4. Boleh masukkan gula kabung dalam 2-3 ketul untuk rasa cendol.

13. Aiskrim Pelangi

Resepi Aiskrim Pelangi

Bahan-Bahan
  • 2 cawan susu segar atau susu cair
  • 1 cawan creamer
  • 1 paket Jelly powder jenama Konnyaku (10gm)
  • 1 1/4 cawan gula2
  • 4 L air
  • Sedikit esen vanilla
Cara-Cara
  1. Campurkan semua dalam periuk dan masak sehingga mendidih dan tapis.
  2. Kemudian tuang kedalam 3 bekas dan letakkan perisa atau pewarna yang disukai.
  3. Sejukkan seketika dan masukkan dalam plastik aiskrim.
  4. Bekukan dan sedia untuk dimakan.

14. Aiskrim Gula Apong

Resepi Aiskrim Gula Apong

Bahan-Bahan
  • 3 liter air
  • 1 kg kelapa (buat santan)
  • 700g gula apong original @ gula nira
  • Daun pandan 2 helai
Cara-Cara
  1. Masak air sehingga mengelegak kemudian masukkan gula nira, santan dan daun pandan.
  2. Tapiskan air sebelum masukkan ke dalam plastik aiskrim.

15. Aiskrim Beryls Homemade

Resepi Aiskrim Beryls Homemade

Bahan-Bahan
  • Coklat beryls (double boil dan sejukkan)
  • 1 tin susu cair
  • 1 1/2 liter air
  • 1 tin susu pekat
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 sk garam
  • 2 sb tepung jagung
  • 2 sb susu tepung (Boleh guna Fernleaf)
Cara-Cara
  1. Campurkan semua dalam periuk, masak sekejap sampai semua sebati lebih kurang 10minit (kena selalu kacau).
  2. Sejukkan dan boleh tuang ke dalam plastik aiskrim malaysia. Siap.

16. Aiskrim Malaysia Vanilla Coklat Ala Magnum

resepi aiskrim malaysia vanilla coklat ala magnum

Bahan-Bahan Aiskrim
  • 3/4 susu pekat (kurangkan kalau tak nak manis sangat)
  • 2 kotak kecil susu full cream
  • 1 sudu besar ovellate
  • 2 sudu kecil perisa vanilla
Cara-Cara
  1. Pukul kesemua bahan di atas sampai gebas gebus agak-agak dalam 20 minit (kembang dua kali ganda)
  2. Tuangkan ke dalam jug supaya senang sikit untuk bubuh dalam plastik aiskrim nanti.
Bahan-Bahan Topping Coklat
  • 200g chocolate milk
  • 100g dark chocolate
Cara-Cara
  1. Buat teknik double boil (jangan sampai setitik air pun terkena coklat takut nanti coklat mengeras)
  2. Bila sudah suam-suam masukkan dalam piping bag dan picit masukkan dalam plastik aiskrim. Pastikan jangan terlebih atau terkurang. Masa kita ratakan coklat dalam plastik aiskrim boleh agak-agak ketebalan coklat tu.
  3. Tuangkan vanilla aiskrim yang sudah siap ke dalam plastik aiskrim.
  4. Jangan risau cokat tu tak akan bercampur dengan vanilla aiskrim
  5. Bila sudah masukkan, hentak-hentak sikit bagi mampat. Kalau tak ketuk nanti ada ruang kosong dalam tu.
  6. Selamat mencuba!

Itulah 16 resepi aiskrim malaysia yang anda boleh cuba buat sendiri. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel