7 Gunung Tertinggi di Malaysia

Seseorang pengembara yang paling mencintai alam sekitar, anda pasti suka untuk mendaki gunung yang tinggi kerana dengan aktiviti seperti itu anda boleh dapat banyak pengalaman yang menarik dan berguna.

Disini saya kongsikan kepada anda  7 gunung yang paling tinggi di Malaysia. Mungkin anda boleh mendaki ketujuh-tujuh gunung ini suatu hari nanti kerana gunung ini merupakan destinasi menarik untuk dijadikan tempat pengembaraan.

1. Gunung Kinabalu

Gunung Kinabalu

Gunung Kinabalu merupakan gunung yang tertinggi di Malaysia dengan ketinggian memncecah 4,095 meter dari aras laut. Gunung ini terletak di negeri Sabah, Malaysia.

Gunung Kinabalu menjadi lambang kemegahan setiap penduduk di Sabah. Sesetengah penduduk di negeri Sabah menganggap gunung Kinabalu merupakan gunung yang dapat memberikan semangat persatuan.


2. Gunung Trusmadi

Gunung Trusmadi

Gunung Trusmadi juga terletak di negeri Sabah, Malaysia dan ketinggiannya mencecah 2,642 meter dari aras laut.

Salah satu kelebihan utama gunung Trusmadi ialah terdapat pelbagai jenis fauna yang ada di hutan gunung Trusmadi.

3. Gunung Tambuyukon

Gunung Tambuyukon

Gunung Tambuyukon mempunyai ketinggian 2,579 meter dari aras laut. Gunung ini juga terletak di Sabah. 


4. Gunung Murud


Gunung Murud
Gunung Murud terletak di negeri Sarawak, Malaysia. Memiliki ketinggian 2,423 meter dari aras laut.

5. Gunung Mulu


Gunung Mulu
Gunung Mulu juga terletak di Sarawak. Gunung Mulu memiliki ketinggian 2,376 meter dari aras laut. Namun yang demikian yang paling terkenal di gunung Mulu ialah susunan-susunan batu yang cantik dan menjulang tinggi. Selain daripada susunan batu yang cantik, di gunung Mulu juga terdapat gua-gua yang bersejarah.

6. Gunung Tahan

Gunung Tahan

Gunung Tahan yang memiliki ketinggian 2,187 meter ini terletak di semenanjung Malaysia dan merupakan gunung yang tertinggi di semenanjung Malaysia.


Gunung Tahan terletak di Taman Negara dalam negeri Pahang dan menjadi titik sempadan negeri Pahang dengan negeri Kelantan.


7. Gunung Korbu

Gunung Korbu

Gunung Korbu terletak di negeri Perak, Malaysia yang memiliki ketinggian 2,183 meter dari aras laut. Gunung Korbu merupakan gunung ke-2 tertinggi di semenanjung Malaysia.



Ya, itulah 7 gunung yang tertinggi di Malaysia. Para hikers jangan lupa untuk ambil cabaran untuk menawan ketujuh gunung ini ya :)

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel