Header Ads

Kesan Buruk Tidur Berlebihan


Kita selalu dengar bahawa, ianya sangat berbahaya sekiranya tidur kita tidak cukup. Namun kita juga harus tahu, bahawa tidur melebihi had juga ada kesan buruknya. Petikan dari DailyMail berkata "Terlebih tidur buruk untuk kesihatan sama seperti merokok dan minum alkohol. Tidur lebih 9 jam waktu malam bermakna anda 4 kali lebih awal untuk mati. Apatahlagi jika anda tidak bersenam".

Berapa Lama Kita Perlu Tidur Dalam Sehari?

Jumlah masa untuk kita tidur yang perlu diambil dalam sehari bergantung kepada umur dan aktiviti yang kita lakukan. Pakar ada menyatakan bahawa seseorang dewasa memerlukan tidur antara tujuh hingga sembilan jam tiap malam.

Kesan Buruk Tidur Melebihi Had

Keburukan Tidur Melebihi Had Dalam Sehari

1. Diabetes
Kajian menunjukkan bahawa terlebih atau kurang tidur boleh meningkatkan lagi risiko diabetes.

2. Obesiti
Terlebih tidur sudah semestinya membawakan peningkatan berat badan kita.

3. Pening kepala
Tidur lebih lama berbanding kebiasaan boleh membawa kita pening kepala. Terutama apabila kita tidur lama masa siang dan mengurangkan masa tidur untuk malam akan buat kita pening pada waktu pagi.

4. Risiko Kematian
Ianya memang menakutkan tetapi ianya adalah betul. Beberapa kajian membuktikan orang yang tidur lebih dari 9 jam setiap malam mempunyai risiko kematian yang tinggi berbanding orang yang tidur antara 7 hingga 8 jam.

Kesimpulannya kita perlu kawal tidur kita dengan baik agar terhindar dari keburukan terlebih tidur. Sekian.

1 comment:

Terima kasih kerana sudi baca entri ini dan silakan untuk memberikan komen anda. Kami sangat menghargai pandangan atau komen yang akan anda berikan. Sila berikan komen anda dengan cara yang berhemah kerana saya tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis.

Sekian.

Powered by Blogger.