Cara Untuk Menyelamatkan Telefon Yang Terkena Air

Kalau telefon mudah alih sudah terkena air atau terjatuh dan tenggelam ke dalam air, apa yang perlu dibuat?

Ya saya ada pengalaman telefon jatuh dalam air dan saya cuba praktikkan Cara Untuk Menyelamatkan Telefon Yang Terkena Air yang saya kongsikan ini, syukur telefon itu tak rosak huhu.

Jadi, sekiranya anda berada di situasi telefon anda terkena air, jangan panik dan ikuti beberapa tips untuk menyelamatkan telefon mudah alih anda yang terkena air.

1. Matikan Telefon Anda

Cara Untuk Menyelamatkan Telefon Yang Terkena Air

Langkah pertama yang harus dilakukan adalah dengan mematikan telefon mudah alih yang terkena air.

Kemudian asingkan bateri jika telefon anda menggunakan bateri yang boleh ditanggalkan atau bateri yang boleh dimatikan. Walau bagaimanapun, jika bateri telefon tidak boleh dikeluarkan. Segera matikan telefon dengan menekan butang kuasa untuk mengelakkan kerosakan pada litar.

2. Keringkan Bahagian Luar Telefon Anda

Cara Untuk Menyelamatkan Telefon Yang Terkena Air

Segera lap dengan tisu atau kain untuk menjaga bahagian luar telefon agar kering. Pastikan benar-benar kering! Kerana, air dari luar juga dapat masuk ke dalam litar pada telefon.

3. Keringkan Bahagian Dalam Telefon Anda

Cara Untuk Menyelamatkan Telefon Yang Terkena Air

Setelah anda mengeringkan bahagian luar, keringkan pula bahagian dalam telefon anda. Caranya ialah, dengan meletakkan telefon anda dalam beras selama 24jam hingga 48jam.

Ya begitulah cara untuk menyelamatkan telefon yang terkena air. Namun, jika telefon anda terendam dalam air laut atau air soda. Kaedah ini tidak dapat membantu anda kerana kedua-dua jenis air ini mempunyai sifat-sifat yang mudah membuat logam rosak.

Semoga bermanfaat. Sekian.

Sumber: aliffchannel.com, Feedme.id

Artikel Berkaitan :

Ulasan untuk "Cara Untuk Menyelamatkan Telefon Yang Terkena Air"

  1. penah ade pengalaman..
    silap sebab tak matikan terus fon
    dah teron
    so tak dapat diselamatkan
    sekarang kebanyakkan tepon build terus be3 dlm tu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca entri ini dan silakan untuk memberikan komen anda. Kami sangat menghargai pandangan atau komen yang akan anda berikan. Sila berikan komen anda dengan cara yang berhemah kerana saya tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis.

For inquiry, product or service review and advertising, please email to calrasepatrick@gmail.com.

Sekian.