Pengalaman Seram Menumpang Di Rumah Orang Yang Tidak Dikenali

Aku Perasan Ada Seorang Perempuan Berdiri Membelakangi Aku Didapur. Rambutnya Panjang - Pengalaman Seram Menumpang Di Rumah Orang Yang Tidak Dikenali

Kisah ni berlaku masa aku masih lagi belajar dulu. Sewaktu di Universiti, aku mengambil jurusan perhutanan. Waktu tu semester akhir, jadi kami kena siapkan thesis terakhir. Thesis yang memerlukan kami membuat penyelidikan tentang hutan.

Jadi aku perlu berada dikawasan hutan dalam beberapa bulan bagi menyiapkan thesis.

Bagi memudahkan cerita, aku kenal seorang ni sarah namanya. Aku kenal dia ni pon melalui rakan sekelas aku.

Dia kata, aku boleh tinggal di rumah dia dalam beberapa bulan. Rumah dia ni terletak disebuah kawasan hutan. Jadi sesuai sgt untuk aku buat thesis.

Hari pertama- tibalah hari untuk aku pergi kerumah Sarah. Waktu tu sesuai sgtlah sebab cuti semester. Rumah dia ni terletak di sebuah estet peribadi milik keluarganya. Kawasan rumah yang luas. Katanya, cuma dia dan adiknya saja yang tinggal di rumah ini.

Ibubapanya pula tinggal dibandar, waktu cuti sahaja dia akan balik kesini. Cuma, aku,sarah dan adiknya sahaja yg duduk dirumah ini dalam beberapa bulan. Aku datang dengan kereta aku sendiri. Jadi memudahkan untuk aku keluar dari estet ini kalau aku perlukan apa apa.

Sarah pula, malam baru dia ada dirumah. Kalau waktu siang dia berada diladang estet. Firstday kt situ aku hairan cuma aku dan sarah sahaja yg ada dalam rumah. Aku tanya dimana adik dia.

Kata sarah, adik dia tak selalu keluar bilik. Kdg2 ja aku nampak jadi aku iyakan saja, mungkin adik dia ni malu2 sikit.

Hari berlalu. Pagi, aku akan pergi kehutan buat kajian aku disana. Petang mcm tu aku akan balik ke rumah. Sarah pula, pagi dia akan pergi ke ladang estet dan malam barulah pulang kerumah. Hairan bila aku seminggu disitu, aku tak pernah nampak adik sarah ada dirumah.

Rasanya, adik sarah ni pemalu orgnya. Yalah, dia tak kenal aku. Masa aku tiada dirumah saja dia akan keluar, dan bila aku ada dirumah dia berkurung dibilik agaknya. Aku rasa bersalah jugak sedikit.

Mcm biasa, waktu senja baru aku pulang kerumah. Aku masuk kedalam dapur, aku perasan ada seorang perempuan berdiri membelakangi aku didapur. Rambutnya panjang. Dia pakai gaun putih. Aku memanggil salam, salam aku tidak dijawab. Ini mungkin adik si sarah.

Aku cuba nak ajak berbual. Nak memperkenalkan diri aku supaya dy tak rasa malu sgt. Masa aku mula bukak mulut perkenalkan diri, adik sarah bergegas naik ke atas.

Aku terkejut tapi aku biarkan saja. Aku cakap dalam hati, dia ni pemalu lain macam ni. Aku tak sempat pulak tengok wajah dy. Tapi kulit dy putih.

Hari ke 14- aku tinggal di rumah sarah. Awal pagi tu sebelum kami masing2 buat rutin harian, aku sempat berbual dgn sarah semasa kami sarapan. Aku kata, semalam aku nampak terserempak dgn adik dy dan apa yg buatkan aku rasa pelik, aku nampak raut muka sarah berubah.

Dia terdiam. Takda jawapan pon yang keluar. Jadi aku pon diam jugak. Mungkin ada sesuatu yg sarah taknak kongsi pasal adik dy.

Hari ke 16- malam hari ke 16, aku tak dpt tido. Kilat menyambar-nyambar diluar. Aku memutuskn untuk bangun dan menulis thesis aku. Manalah tahu, hujan2 ni banyak ilham masuk. Boleh la siapkan 2 atau 3 helaian thesis.   Aku keluar dari bilik dan menuju ke tangga untuk turun ke bwh

Kiranya aku nak buat milo. Aku perasan ada satu bilik diatas yg pintunya terbuka. Mungkin angin terlalu kuat sehingga pintu terbuka sendiri. Bilik tu bilik adik sarah yg aku tak pernah nampak berbuka.

Aku hairan, bilik tu nampak usang dan berhabuk. Sekali pandang nampak mcm xpernah org tinggal dalam jangka masa yg pnjang. Aku malas nak menyebuk. Aku turun kebawah. Alangkah terkejutnya aku, bila aku lihat adik sarah berdiri betul2 di tangga.

Masih lagi memakai gaun putih yang aku nampak beberapa hari yg lalu. Semua badannya basah kuyup. Rambutnya, menutup seluruh wajahnya. Tiba2, aku dgr suara yg dtg dari belakang aku.

Suara sarah, dia panggil nama aku. Nadia, perlahan-lahan kau naik semula dan masuk kedalam bilik kau. Aku terkaku dgn apa yg Sarah ckp. Aku pon akur dan perlahan-lahan naik semula tangga.

Sebelum aku sampai keatas, adik sarah berlari pantas ke atas tangga sambil menjerit. Aku lari semula masuk kedalam bilik aku. Sarah pon tutup bilik dy. Dgn pantas aku juga tutup. Setelah beberapa saat aku tutup pintu, aku terdengar suara ngilaian yg dtg dari luar rumah.

Aku terus dapatkan telefon bimbit,mungkin aku sempat menelefon kawan2 sekiranya berlaku kecemasan. Sementara itu, aku ternampak ada satu pesanan dari org yg kenalkan aku dgn sarah ni. Katanya di dalam mesej tu, SARAH TIPU KITA.

Dirumah tu cuma ada aku dan sarah sahaja. Adik dy tak pernah ada disana. Adik dia dah meninggal tahun lalu. Kwn aku suruh aku keluar dgn segera dari rumah tu secepat yg mungkin sambil membaca mesej, aku keliru dgn apa yg terjadi.

Siapa yg tinggal dgn aku beberapa hari yg lalu?. Jahanam sarah.

Malam itu malam paling malang bagi aku. Terdengar suara rengekan, bunyi cakaran di dinding, dengar orang berjalan di atas bumbung dan bunyi ketukan dipintu.

Setelah aku kemas brg aku, aku baca surah yassin dan ayt ruqyah. Selepas waktu subuh, aku bergegas dptkan kereta lalu aku gerak pulang kerumah. Sejak dari kes itu, aku tak pernah tegur sarah di kolej. Aku elak selagi bole elak dari bertembung dengan dy.

So yah. The end
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel