36 Nilai Pendidikan Moral Dan Definisi

SENARAI NILAI MORAL
BIDANG 1 - PERKEMBANGAN DIRI
| NILAI MORAL | DEFINISI | 
| 1.1 KEPERCAYAAN
  KEPADA TUHAN | Keyakinan
  wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan Nya
  berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara | 
| 1.2 AMANAH | Sikap
  bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain | 
| 1.3 HARGA
  DIRI | Keupayaan dan
  keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan | 
| 1.4
  BERTANGGUNGJAWAB | Kesanggupan
  diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan
  sempurna | 
| 1.5 HEMAH
  TINGGI | Beradap sopan
  dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian | 
| 1.6 TOLERANSI | Kesanggupan
  bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya
  pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup | 
| 1.7 BERDIKARI | Kebolehan dan
  kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain | 
| 1.8 KERAJINAN | Usaha yang
  berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi
  dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara | 
| 1.9 KASIH
  SAYANG | Kepekaan dan
  perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang
  ikhlas | 
| 1.10 KEADILAN | Tindakan dan
  keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah | 
| 1.11 RASIONAL | Boleh
  berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan
  berasaskan pertimbangan yang wajar | 
BIDANG 2 - KEKELUARGAAN
| NILAI MORAL | DEFINISI | 
| 2.1 KASIH
  SAYANG TERHADAP KELUARGA | Perasaan
  cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga | 
| 2.2 HORMAT
  DAN TAAT KEPADA ANGGOTA KELUARGA | Memuliakan
  setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara
  bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni | 
| 2.3
  MENGEKALKAN TRADISI KEKELUARGAAN | Menerima,
  menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang
  diwarisi secara turun temurun dalam keluarga | 
| 2.4
  TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA | Kewajipan
  yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk
  melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga meruah keluarga | 
BIDANG 3 - ALAM SEKITAR
| NILAI MORAL | DEFINISI | 
| 3.1
  MENYAYANGI DAN MENGHARGAI ALAM SEKITAR | Kesedaran
  tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan
  keseimbangan ekosistem | 
| 3.2
  KEHARMONIAN ANTARA MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR | Keadaan
  saling memerlukan hubungan harmonis antara manusia dengan alam sekeliling
  supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara | 
| 3.3 KEMAPANAN
  ALAM SEKITAR | Pengekalan
  keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk
  kesejahteraan hidup | 
| 3.4 PEKA
  TERHADAP ISU-ISU ALAM SEKITAR | Prihatin
  terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha
  menyelesaikannya | 
BIDANG 4 - PATRIOTISME
| NILAI MORAL | DEFINISI | 
| 4.1 CINTA AKAN
  NEGARA | Perasaan
  sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi
  kepentingan diri | 
| 4.2 TAAT
  SETIA PADA RAJA DAN NEGARA | Kepatuhan dan
  kesetiaan yang berkekalan kepada Raja dan Negara | 
| 4.3 SANGGUP
  BERKORBAN UNTUK NEGARA | Kerelaan
  melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian
  untuk negara | 
BIDANG 5 - HAK ASASI
| NILAI MORAL | DEFINISI | 
| 5.1
  MELINDUNGI HAK KANAK-KANAK | Membela,
  memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka
  yang sempurna | 
| 5.2
  MENGHORMATI HAK WANITA | Melindungi
  dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam
  pembangunan keluarga, masyarakat dan Negara | 
| 5.3
  MELINDUNGI HAK PEKERJA | Menghormati,
  menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan pekerja
  dalam pembangunan Negara | 
|  5.4 MENGHORMATI HAK GOLONGAN KURANG BERUPAYA | Memberi
  layanan yang bersopan kepada golonga kurang berupaya supaya tidak berasa
  tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan | 
| 5.5
  MELINDUNGI HAK PENGGUNA | Membela dan
  memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan
  serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi | 
BIDANG 6 - DEMOKRASI
| NILAI MORAL | DEFINISI | 
| 6.1 MEMATUHI
  PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG | Menerima dan
  mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira
  sesiapa dan di mana seseorang itu berada | 
| 6.2 KEBEBASAN
  BERSUARA | Kebebasan
  berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga
  keselamatan dan ketenteraman | 
| 6.3 KEBEBASAN
  BERAGAMA | Kebebasan
  setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang
  diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia | 
| 6.4
  PENGLIBATAN DIRI DALAM PEMBANGUNAN NEGARA | Kebebasan
  untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan memetuhi
  peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Malaysia | 
| 6.5 SIKAP
  KETERBUKAAN | Bersedia
  memberi dan menerima pendangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan
  kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia | 
BIDANG 7 - KEAMANAN DAN KEHARMONIAN
| NILAI MORAL | DEFINISI | 
| 7.1 HIDUP
  BERSAMA SECARA AMAN | Hidup
  berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan
  keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya | 
| 7.2 SALING
  MEMBANTU DAN BEKERJASAMA | Usaha yang
  baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti
  atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat | 
| 7.3 SALING
  MENGHORMATI ANTARA NEGARA | Menghargai
  dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat |