Header Ads

Inilah Akibatnya Jika Kamu Suka Makan Kaki Ayam

Kebaikan Makan Kaki Ayam
Siapa yang tidak tidak suka makan kaki ayam dan juga suka makan kaki ayam wajib baca ini!

Seperti yang kita tahu, ayam adalah salah satu makanan yang paling penting untuk semua manusia di bumi ini.


Tapi, pernahkah kamu makan kaki ayam? Huh, kompom geli nampak ayam berkeliaran yang hanya berkaki ayam buat kamu rasa tidak mahu makan bahagian kaki ayam ith kan?


Mungkin ramai orang tidak tahu bahawa terdapat manfaat dan kebaikan suka makan kaki ayam itu. Mari kita sama-sama ketahui kebaikkannya...



Kebaikan Dan Manfaat Makan Kaki Ayam


1. Kaki ayam kaya dengan kolagen
Dalam kajian yang dijalankan oleh Faculty of Veterinary Science Chung-Hsing University di Taiwan, terungkap bahawa sahnya kaki ayam kaya dengan kolagen. Kolagen merupakan salah satu bahan tertentu yang diperlukan untuk mengekalkan keanjalan kulit. Jadi para wanita bolehlah amalkan makan kaki ayam kalau mahukan kulit yang cantik hehe. Berikut merupakan manfaat kolagen yang terdapat pada kaki ayam:
  • Kolagen memelihara kesihatan kulit dan membentuk kulit yang anjal kerana menyokong pergantian sel-sel kulit mati dengan sel kulit baru yang lebih cepat.
  • Kolagen membantu badan menyerap kalsium dan protein yang membuat badan menjadi lebih sihat.
  • Kolagen bermanfaat bagi meningkatkan pengeluaran sel darah merah kerana ia berfungsi dengan mengukuhkan struktur saluran darah.
  • Kolagen membantu badan menurunkan berat badan dengan meningkatkan metabolisme terhadap lemak badan.
  • Kolagen boleh membuat struktur tulang untuk menjadi lebih kuat dan mencegah penyakit kerapuhan tulang.

2. Mengurangkan risiko tulang rapuh

kaki ayam baik untuk mengekalkan sendi dan mengurangkan risiko tulang rapuh. Penyakit sendi dan tulang-tulang rapuh biasanya berlaku pada warga tua. Punca hal ini berlaku adalah badan tidak boleh mendapatkan kalsium dan tulang tidak mampu menyerap kalsium dengan betul. Kandungan kaki ayam kaya dengan protein, kalsium, tulang rawan dan kolagen yang boleh diserap dengan mudah oleh badan.

3. Dapat menyembuhkan kecederaan

Makan kaki ayam dapat menyembuhkan luka. Makanan kaki ayam mengandungi nutrien seperti protein dan kalsium. Kedua-dua nutrien ini adalah sangat penting untuk membantu memperbaiki semula saraf, otot dan tulang-tulang manusia. Penyelidikan yang telah dijalankan oleh penyelidik di Amerika Syarikat, mendedahkan bahawa nutrien tersebut boleh membantu menyembuhkan kecederaan. Kecederaan saraf tunjang dipercayai akan cepat sembuh dengan mengambil makanan seperti kaki ayam.

4. Menyihatkan saluran pencernaan

Kaki ayam boleh direbus atau dibuat sup yang paling menyegarkan. Kawasan kaki ayam yang mengandungi tisu dan tulang rawan adalah yang paling lazat. Semua nutrien seperti protein, kolagen, kondroitin dan glucosamine juga akan larut apabila dimasak sup. Keberkesanan pelbagai khasiat ini juga sangat baik untuk sistem penghadaman yang lebih sihat. Kesan pemakanan juga adalah sangat penting untuk membuat usus menjadi lebih lembut, sekaligus menjadikan saluran pencernaan kita menjadi lebih sihat.

5. Mengekalkan kesihatan kuku

Kaki ayam yang dimasak akan mengeluarkan beberapa nutrien penting dalam badan. Air rebusan atau beberapa hidangan lain dari kaki ayam boleh menghasilkan asid amino, kolagen, glycine, hidroksipolin, dan proline yang boleh membantu mengekalkan kesihatan kuku kita. Kaki ayam yang dimasak biasanya akan mengeluarkan cecair tertentu atau gel yang mengandungi gelatin. Nutrien ini membantu tubuh untuk memproses kalsium yang diserap oleh kuku.

Kebaikan yang lain sekiranyan kita suka makan kaki ayam ialah:

  • Dapat menyihatkan gusi
  • Dapat meningkatkan kekebalan tubuh
  • Membentuk probiotik semula jadi
  • Dapat menyeinbangkan hormon dalam tubuh kita
  • Mengelakkan kerosakkan rangkaian tubuh
Kebaikan Makan Kaki Ayam
Nah, terdapat banyak kebaikan dan manfaat daripada pengambilan kaki ayam dalam pemakanan kita. Jadi, yang tidak suka makan kaki ayam itu, silalah suka haha. Semoga entri ini bermanfaat. Sekian.

5 comments:

  1. sy mkn kaki ayam bila buat sup je

    ReplyDelete
  2. kaki jarang makan.

    sayap ayam aku suka makan masa kat sabah dulu.

    ReplyDelete
  3. saya pun suka kaki ayam. buat sup atau buat kari memang sedap

    ReplyDelete
  4. Sedap kaki ayam ni, paling sedap bila kita goreng kaki ayam tu terlebih dahulu kemudian rebus. Sedap....

    ReplyDelete
  5. pomusas paling sedap hahaha

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca entri ini dan silakan untuk memberikan komen anda. Kami sangat menghargai pandangan atau komen yang akan anda berikan. Sila berikan komen anda dengan cara yang berhemah kerana saya tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis.

Sekian.

Powered by Blogger.