3 Kunci Kejayaan Henry Ford3 Kunci Kejayaan Henry Ford : Untuk menjadi orang berjaya, maka jelas kita memerlukan seseorang yang memberi inspirasi. Contoh-contoh orang yang boleh dijadikan inspirasi ialah Henry Ford kerana Henry Ford ialah seorang yang berjaya.

Henry Ford adalah seorang usahawan Amerika, pengasas Ford Motor Company, dan penaja pembangunan teknik barisan pemasangan pengeluaran besar-besaran. Ia juga memperkenalkan pertama kali kereta kos murah, kerana impiannya adalah setiap pekerjanya mampu membeli kereta-kereta yang mereka produksi.








Berikut adalah "3 Kunci Kejayaan Henry Ford":

1. Henry Ford Tidak Pernah Makan Berlebihan.

Ya, inilah salah satu dari 3 pointers berjaya yang dikatakan oleh Henry Ford semasa hari jadi beliau yang ke-75.

Makan memang penting untuk kehidupan, akan tetapi kalau makan terlalu berlebihan itu tentu tidak baik. Henry Ford sendiri sudah memberi teladan, bahawa kita tidak boleh makan terlalu berlebihan. Kalau makan berlebihan maka kesannya kesihatan boleh terganggu.


2.Henry Ford Tidak Pernah Cemas Secara Berlebihan.

Rasa cemas memang semulajadi dalam diri manusia. Setiap daripada kita, pasti pernah merasa cemas. Apalagi ketika menjalankan perniagaan. Cemas adalah perkara yang biasa berlaku. Tetapi yang menarik, kita tidak boleh terlalu cemas.

Henry Ford sendiri sudah membuktikannya, beliau mengatakan bahawa beliau tidak pernah cemas berlebihan. Cemas yang berlebihan memang tidak baik. Akan tetapi ada baiknya kita jadikan rasa cemas itu sebagai motivasi untuk melakukan persiapan dan tindakan yang terbaik.


3. Apa pun yang Henry Ford lakukan, beliau akan lakukannya sebaik mungkin.

Inilah salah satu falsafah yang menjadikan Henry Ford sebagai salah satu orang paling berjaya di dunia. Kegigihan dan usaha beliau untuk selalu memberikan yang terbaik menjadikan pelbagai hasil kerja dan karya Ford menjadi sangat bermanfaat bagi orang lain.

Berikut kata-kata dari Henry Ford: " Apa pun yang saya lakukan, akan saya lakukan sebaik mungkin. Dan saya tahu apa pun yang berlaku dalam hidup saya, hal itu terjadi demi kebaikan saya sendiri. Saya percaya pada Tuhan. ".


Menarikkan kunci kejayaan Henry Ford? Bagi saya 3 rahsia kejayaan yang dimiliki oleh Henry Ford ini sangat berguna dan bermanfaat.

Sekian.