Sangat penting bagi seseorang blogger untuk mengetahui tentang apa itu SEO, tujuan dan definisi SEO, atau apa sahaja yang berkaitan dengan SEO.

Saya mengatakan ianya penting kerana terdapat banyak manfaat mempelajari SEO seperti meningkatkan jumlah pengunjung blog daripada enjin carian melalui pada artikel kita supaya berada di kedudukan teratas enjin pencarian.


Apa Itu SEO?

Apa itu SEO?

Search Engine Optimization (SEO) adalah satu proses yang dilakukan pada laman web atau blog yang bertujuan untuk meningkatkan jumlah trafik blog atau laman web yang datang daripada enjin pencarian seperti Google, Bing dan Yahoo.

Jika anda mahu jadi seorang blogger terhebat dalam SEO silakan belajar dengan orang yang lebih hebat seperti belajar dengan para pakar SEO yang terkenal di dunia dan pakar SEO Malaysia.



Sejarah SEO

Menurut Danny Sullivan, istilah Search Engine Optimization pertama kali digunakan pada 26 Julai tahun 1997 oleh sebuah mesej spam yang dipost di Usenet. Pada masa itu algoritma enjin pencarian belum terlalu kompleks sehingga mudah untuk dimanipulasi.
Versi awal algoritma pencarian difokuskan sepenuhnya pada informasi yang disediakan oleh webmaster melalui meta tag pada kode html laman web mereka. Meta tag menyediakan informasi tentang konten yang terkandung pada suatu halaman web dengan serangkaian kata kunci.
Sebahagian webmaster melakukan manipulasi dengan cara menuliskan kata kunci yang tidak sesuai dengan konten web yang sesungguhnya, sehingga enjin pencarian salah menempatkan dan merangkingkan web tersebut. Hal ini menyebabkan hasil pencarian menjadi tidak mantap dan menimbulkan kerugian baik bagi enjin pencarian maupun bagi pengguna internet yang mengharapkan informasi yang relevan dan berkualiti.

Semoga anda memahami tentang apa itu seo dan mampu mempraktikkan teknik seo dengan baik di blog anda.