Salam sejahtera semua. Setelah berlangsung dari 25 Januari 2017 hingga 25 April 2017 akhirnya Contest SEO Belajar Buat Blog telah tamat dan keputusan pemenangnya pun sudah diumumkan oleh tuan penganjur Coretan Anuar.

Mungkin anda semua sudah sedia maklum bahawa blog saya ini tak berjaya menjadi pemenang. Tetapi semasa contest tersebut berlangsung, saya telah sediakan satu blog iaitu bagiblogger.blogspot.com sebagai back up. Jangkaan saya memang tepat, sebab pada penghujung contest, blog saya yang anda sedang baca ini melarikan diri dari top 3, tetapi tidak ada yang perlu dirisaukan sebab blog back up saya juga boleh dikatakan berada di kedudukan baik iaitu kedua dari 47 peserta yang akhirnya memberi peluang untuk saya menerima RM200 dari tuan penganjur :).

Berikut merupakan keputusan kedudukan pemenang yang telah dikeluarkan oleh tuan penganjur.
Pemenang Contest SEO Belajar Buat Blog
Pinjam gambar dari Tuan Penganjur :).

Untuk keputusan penuh contest SEO Belajar Buat Blog sila baca di blog Coretan Anuar.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang contest yang memang terbaik ini, terutamanya tuan Si Bongkok yang berjaya mendominasi kedudukan teratas dengan begitu lama hingga tak teratasi. Dan juga jutaan terima kasih kepada penganjur contest ini, dengan harapan masih lagi ada contest anjuran dari tuan pada masa akan datang hehe.

Sekian.