5 Tips Memiliki Kulit Cantik dan Bebas Jerawat

5 Tips Memiliki Kulit Cantik dan Bebas Jerawat
Memang semua orang menginginkan kulit muka yan cantik serta bebas daripada jerawat.

Mungkin anda salah seorang daripada orang ramai yang sibuk mencari cara untuk mendapatkan kulit yang cantik dan bebas dari jerawat.

Okay kali ini, saya akan kongsikan kepada semua, beberapa tips untuk memiliki kulit cantik dan bebas dari jerawat.

Silakan baca :)

Tips Pertama: Jangan Sesekali Picit Jerawat

Sekiranya kita melakukannya ianya bukan sahaja membuat jerawat bertambah teruk malah ia boleh meninggalkan parut. Cuba tahan apabila anda mula nampak jerawat mula tumbuh.

Terdapat alat yang boleh kita guna untuk memicit jerawat tersebut. Itu pun, pastikan selepas jerawat tersebut sudah masak.

Tips Kedua: Jangan Berjemur Dibawah Terik Matahari

Secara faktanya sinar UV mampu menyebabkan kulit kita berisiko untuk mendapat kanser, penuaan pramatang dan juga berkedut.

Dan juga terdapat produk jerawat seperti retinoid topikal menyebabkan kulit kita menjadi lebih sensitif selepas anda menjemur diri anda.

Tips Ketiga: Pastikan Rambut Tidak Menutupi Bahagian Muka

Sekiranya rambut kamu panjang, pastikan rambut diikat supaya ia tidak menjadikan jerawat lebih teruk terutama pada waktu siang. Kita perlu tahu bahawa rambut juga mempunyai minyak yang juga boleh menyumbat liang kulit muka kita.

Tips Keempat: Jangan Sentuh Muka Kita

Sentuh atau meraba muka menyebabkan jerawat menjadi lebih teruk. Berpeluh juga sama, pastikan kita membasuh muka selepas berpeluh.

Tips Kelima: Minum Banyak Air

Minum air suam dengan banyak membolehkan kulit anda sentiasa dihidrasikan. Juga makan makanan yang sihat seperti buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan vitamin A, vitamin C dan juga vitamin E. 3 vitamin yang telah diketahui memberikan kebaikan pada kulit kita.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel