Resepi Terung Goreng Berlada
2021-01-19T06:32:35Z
Resepi Terung Goreng Berlada | Salam sejahtera semua. Ini saya kongsikan kepada anda satu resepi yang ramai orang cari iaitu resepi terung goreng berlada.

Bahan-bahan untuk memasak terung goreng berlada:
- 2 biji terung
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 10 tangkai cili kering (Ini terpulang tahap kepedasan yang anda mahu)
- 1 setengah sudu makan ikan bilis
- Garam,gula dan perasa (Kalau suka, boleh tambah belacan sikit)
Cara-cara memasak terung goreng berlada:
- Terung yang sudah bersih tu potong dan goreng sekejap lalu angkat dan ketepikan dulu.
- Bawang merah,bawang putih, cili kering dan ikan bilis tu blender atau tumbuk.
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sampai wangi dan garing.
- Masukan garam, gula dan perasa.
- Kemudian masukan air sikit sahaja (Dalam suku cawan sahaja supaya semua bahan sebati)
- Bila hampir kering air itu masukkan terung yang di goreng tadi.
- Kacau balik sekejap dan siap.
Credit: Facebook - Aniza Syedaniza