Inilah Maksud Mimpi Jatuh Dari Tempat Yang Tinggi

Maksud Mimpi Jatuh Dari Tempat Yang Tinggi

Pernahkah anda mengalami mimpi jatuh dari tempat yang tinggi seperti jatuh dari bangunan tinggi? Boleh dikatakan setiap orang pernah mengalami fenomena pelik ini – kamu rasa seperti sedang terjatuh, kemudian terbangun dari mimpi dengan rasa terkejut dan menyedari yang kamu sebenarnya hanya berbaring di atas katil. Ini biasanya terjadi sejurus selepas kamu lelapkan mata, dan secara teknikalnya ia bukanlah mimpi tetapi lebih kepada pergerakan otot yang dikenali sebagai hypnic jerk atau sleep start.

Maksud Mimpi Jatuh Dari Tempat Yang Tinggi

Walaupun ia perkara biasa, tiada siapa tahu kenapa ia berlaku. Menurut pakar, ia mungkin kesan konflik antara sistem berjaga dan tidur di dalam otak, di mana kedua-duanya bergelut untuk mengawal ketika kamu sudah mahu lena. Ada kalanya kamu tidur dengan mudah, namun ada kalanya sistem berjaga dalam otak bergelut dengan lebih kuat – mungkin disebabkan tekanan, kafein, adrenalin, ubat-ubatan, hormon dan sebagainya – menyebabkan kamu ‘terjatuh’ dari bangunan atau cenuram fantasi.

Baca juga: Inilah Kesannya Jika Anda Minum Air Lemon Setiap Pagi!

Jatuh dari ketinggian juga melambangkan ketakutan. Hal ini tentunya selaras dengan pantulan mimpi yang merupakan harapan dan ketakutan anda. Kebanyakan manusia mengalami ilusi tidur yang berkaitan dengan kehidupan sendiri. Jika anda jatuh dari gunung, hal ini menandakan bahwa anda mendapati kehidupan yang tertekan.

Jika anda adalah seorang yang sudah berumah tangga, maka hal ini merupakan petunjuk keadaan hati yang sedang kacau. Kekacauan boleh diakibatkan oleh banyak hal. Pertama, berkaitan dengan hubungan anda dengan pasangan. Kedua, hubungan anda dengan ahli keluarga yang lain.

Tetapi jangan risau. Mimpi jatuh dari tempat yang tinggi tidak bermaksud memberikan kegagalan kepada anda.

Baca juga: 8 Jenis Pokok Yang Boleh Menghalau Nyamuk

Panduan cara mudah buat duit hanya baca artikel boleh dapat RM30-RM500 sehari. Silakan baca di Baca Artikel Sahaja Boleh Dapat Duit!

Post a Comment

1 Comments

  1. pernah jugak tpi x selalu
    debar tu sampai berpeluh huhuhu
    ermm tpi betul2 jatuh pon pernah dari katil tingkat 2
    tidur buas sangat hihihi

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca entri ini dan silakan untuk memberikan komen anda. Kami sangat menghargai pandangan atau komen yang akan anda berikan. Sila berikan komen anda dengan cara yang berhemah kerana saya tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis.