Resepi Sup Ayam Simple Tapi Sedap

Jika anda sedang mencari resepi sup ayam yang paling simple tanpa sup bunjut tapi paling sedap dan istimewa. Anda berada ditempat yang betul kerana dalam artikel ini saya akan kongsikan kepada anda 2 resepi untuk sup ayam yang paling simple.

1. Resepi Sup Ayam Simple

Resepi Sup Ayam Simple

Bahan-Bahan:

  • Ayam dipotong kecil ( basuh dan toskan)
  • Bawang putih, bawang merah dan halia (blend halus)
  • Rempah kurma 3 sudu
  • Kentang dipotong
  • Garam secukup rasa
  • 1 senduk serbuk lada sulah
  • 1 senduk serbuk lada hitam
  • Bawang goreng
  • Daun sup & daun bawang

Cara-Cara:

  1. Tumis bahan blend & rempah kurma sampai garing
  2. Masukkan ayam
  3. Biarkn air ayam keluar
  4. Baru masukkn air
  5. Masukkn garam @ megi cukup rasa
  6. Masukkn serbuk lada putih & lada hitam
  7. Biar ayam direneh
  8. Masukkn kentang
  9. Masak sehingga kentang empuk
  10. Tutup api
  11. Masukkan dalam bekas
  12. Taburkn bawang goreng & daun sup/daun bawang
  13. Selesai

2. Resepi Sup Ayam Simple Tanpa Sup Bunjut

Resepi Sup Ayam Simple Tanpa Sup Bunjut

Bahan-Bahan:

  • 1/2 ekor ayam - potong kecil dan bersihkan
  • Daun bawang dan daun sup dimayang halus
  • 5 batang lobak merah - potong kecil
  • 2 biji pelaga
  • 1 biji tomato - belah 4
  • 2 biji kentang - dipotong baji
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1/2 buah kol - optional
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • Minyak untuk menumis
  • 3 cawan air + 1/2 sudu gula

Bahan Kisar:

  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 2 biji buah keras
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan manis - sangai dulu
  • 1 sudu kecil jintan putih - sangai
  • Garam secukupnya

Cara-Cara:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar bersama buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang hingga pecah minyak kemudian masukan ayam dan biarkan sekejap.
  2. Selepas tu masukan air yang sudah di campur gula dan biarkan merenih. bila sup tadi sudah mulai mendidih masukan kol, kentang, lobak merah dan masak hingga empuk menggunakan api sederhana.
  3. Kemudian masukan tomato dan perasakan dengan sedikit garam dan masak kembali hingga masak. akhir sekali, bila hendak dihidangkan taburkan daun bawang dan daun sup.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel