Cara Mudah Hilangkan Kesan Hangus Pada Seterika

Cara Hilangkan Kesan Hangus Pada Seterika - Mungkin ramai antara kita pernah mengalami situasi dimana kita gagal mengawal suhu kepanasan seterika dan menyebabkan pakaian kita jadi mangsanya. Pada artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda semua beberapa cara atau tips yang paling mudah untuk menghilangkan kesan terbakar pada seterika.

Cara Mudah Hilangkan Kesan Hangus Pada Seterika

1. Ubat Gigi

Caranya sangat mudah tanpa perlu panaskan seterika. Pertama sekali, gunakan ubat gigi dan sapukan pada bahagian yang ada kesan terbakar. Biarkan seketika dan kemudian sental dengan kain. Kesan kotoran akan tertanggal dengan mudah. Ulang langkah ini beberapa kali atau sehingga ianya betul-betul bersih.

2. Garam

Mula-mula, taburkan garam di atas sehelai surat khabar atau aluminium foil dan kemudian panaskan seterika menggunakan suhu yang paling maksimum.

Selepas itu, gosokkan permukaan seterika di atasnya hingga tertanggal semua kesan terbakar.

3. Soda Bikarbonat

Campurkan sedikit air pada serbuk baking soda sehingga menjadi pes. Kemudian sapu pada permukaan seterika yang terbakar atau hitam. Biarkan sekejap untuk ia bertindak balas. Kemudian, ambil kain dan gosok perlahan-lahan. Semua kesan kehitaman yang terlekat akan tanggal.

4. Kertas Pasir

Macam guna garam tadi, kita panaskan seterika dan gosok hingga kotoran tertanggal.

Sebaiknya guna bahagian yang kasar dulu, kemudian guna yang nipis. Gosokkan hingga permukaan seterika menjadi bersih.

5. Lilin

Gunakan sebatang lilin dan gosok pada seterika yang dah dipanaskan hingga lilin menjadi cair. Selepas itu, tonyohkan permukaan seterika pada kain buruk atau kain yang tak digunakan lagi.

6. Daun Pisang

Caranya, gosokkan saja di atas daun pisang. Kalau kesannya susah nak tanggal, kikiskan dengan pisau dan gosok semula dengan daun pisang untuk licinkan permukaan seterika tadi.


0 Response to "Cara Mudah Hilangkan Kesan Hangus Pada Seterika"

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi baca entri ini dan silakan untuk memberikan komen anda. Kami sangat menghargai pandangan atau komen yang akan anda berikan. Sila berikan komen anda dengan cara yang berhemah kerana saya tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel