Teka Keperibadian Seseorang Dari Cara Memakai Jam Tangan

Untuk sesetengah orang, memang tidak lengkap kalau tidak menggunakan jam tangan ketika keluar dari rumah.

Selain berfungsi untuk memudahkan kita mengetahui masa, jam tangan juga digunakan untuk melengkapkan penampilan.

Seperti yang kita tahu, bukan semua orang menggunakan jam tangan dengan cara yang sama. Ada yang guna di tangan kanan, dan ada juga yang menggunakan di tangan kiri.

Rupanya cara seseorang mengenakan jam tangan dikatakan boleh menunjukkan seperti apa karakter mereka secara umum.

Berikut cara mengetahui keperibadian seseorang dari caranya memakai jam tangan.

1. Di Tangan Kiri Dan Menghadap Ke Atas

Teka Keperibadian Seseorang Dari Cara Memakai Jam Tangan

Individu yang menggunakan jam dengan cara ini dikatakan easy going, sangat mementingkan masa dan tidak terlalu perfectionist.

Umumnya, pengguna jam tangan ini berfikiran praktis dan sederhana serta gembira melakukan kerja. Mereka juga dikatakan sebagai individu yang bertanggung jawab dan boleh diharap.

2. Di Tangan Kiri Menghadap Ke Bawah

Teka Keperibadian Seseorang Dari Cara Memakai Jam Tangan

Orang yang menggunakan jam di tangan kiri dan menghadap ke bawah dikatakan sebagai orang yang sangat mementingkan kesempurnaan.

Mereka juga dikatakan sebagai peribadi yang cukup tertutup dan sistematik, tapi boleh diharap untuk hal-hal yang logik. Pemakai jam tangan di tangan kiri mengarah ke bawah ini tidak terlalu suka banyak perubahan. Pemikiran-pemikirannya cepat dan logik.


3. Di Tangan Kanan Menghadap Ke Atas

Teka Keperibadian Seseorang Dari Cara Memakai Jam Tangan

Orang yang pakai jam di tangan kanan dan menghadap ke atas dikatakan cenderung spontan, bersemangat tinggi dan juga ceria. Mereka mudah bergaul dengan siapa saja.

4. Di Tangan Kanan Menghadap Ke Bawah

Teka Keperibadian Seseorang Dari Cara Memakai Jam Tangan

Orang yang mengenakan jam tangan dengan cara ini dikatakan memiliki karakter yang cenderung emosional. Namun, mereka juga orang yang baik hati walaupun pemalu.

Mereka adalah pendengar yang baik dan boleh dipercaya dalam menjaga rahsia. Juga sangat perfectionist dalam hal ketepatan masa.

0 Response to "Teka Keperibadian Seseorang Dari Cara Memakai Jam Tangan"

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi baca entri ini dan silakan untuk memberikan komen anda. Kami sangat menghargai pandangan atau komen yang akan anda berikan. Sila berikan komen anda dengan cara yang berhemah kerana saya tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis.

Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel